fbpx

21 JANGAN Apabila Melanggan Takaful

  • 2 years ago
  • 5Minutes
  • 852Words
  • 779Views

JANGAN SIGN UP POLISI TAKAFUL….

1. JANGAN sign up polisi takaful sebab ejen semata-mata. “Adik saya ejen takaful, kawan saya ejen takaful, ejen tu cantik, ejen tu bagi hadiah setiap tahun dll”. Pilih takaful berdasarkan keperluan kewangan sendiri.

2. JANGAN sign up takaful utk diri sendiri melebihi 10% daripada pendapatan. Itu sudah overpaid. Paling banyak pun 15%, itu pun utk yg berusia.

3. JANGAN sign up medical card tanpa langgan juga polisi untuk income protection. Jika tiada medical card, masih ada alternatif di hospital kerajaan jika jatuh sakit. Tapi jika tiada polisi income protection, akan memberi kesan besar dalam kewangan keluarga apabila ditimpa musibah kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

4. JANGAN risau kalau ada ejen burukkan syarikat takaful lain susah bayar claim. Semua syarikat takaful berada di bawah kawal-selia oleh Bank Negara Malaysia, dan tertakluk kepada undang-undang Islamic Financial Services Act. Jika ada pelanggan yg teraniya, boleh buat laporan. Jika kes genuine, undang-undang berpihak kpd pelanggan.

5. JANGAN sembunyikan maklumat-maklumat penting terutama kesihatan ketika tanda tangan polisi. Dedahkan semua maklumat diminta, sekalipun penyakit yg sudah sembuh atau penyakit 10-20 tahun lepas. Jika tidak, akan ada risiko besar utk tuntutan ditolak apabila berlaku musibah. Banyak kes claim ditolak disebabkan “undiscloser fact” atau ketidakdedahan fakta.

6. JANGAN buat-buat lupa bayaran bulanan. Ia akan menyebabkan polisi menjadi “lapse” dan tidak lagi berkuatkuasa. Polisi takaful yg baik ialah polisi yg dibayar sumbangannya setiap bulan.

7. JANGAN tandatangan borang kosong. Pastikan ia diisi terlebih dahulu sebelum tanda tangan. Semak borang sebelum tandatangan utk memastikan borang diisi dengan maklumat lengkap dan betul.

8. JANGAN mudah-mudah batalkan polisi apabila ada ejen takaful lain memburuk-burukkan polisi takaful anda. Buat semakan kembali dan dapatkan pandangan kedua. Ejen yg suka batalkan polisi klien boleh diadukan kepada BNM.

9. JANGAN tandatangan borang cadangan takaful sebelum anda baca Product Disclosure Sheet (PDS). Boleh minta PDS daripada ejen atau lihat dalam website syarikat. Ia adalah dokumen penting produk takaful yg diwajibkan oleh BNM kpd semua syarikat takaful. Ejen wajib tunjukkan dan tenangkan kepada bakal pelanggan.

10. JANGAN bayar mahal tapi coverage sedikit utk takaful. Fungsi utama takaful adalah utk perlindungan, bukan utk simpanan atau pelaburan. Sebaiknya 5-6% daripada pendapatan utk coverage bersamaan 10 tahun pendapatan. Contoh, gaji RM3,000 sebulan, caruman RM150 ke RM170 sebulan bersamaan RM360,000 utk kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

11. JANGAN langgan takaful utk hibah sahaja tanpa coverage critical illness. Produk takaful utk hibah sahaja, tidak membantu sekiranya berlaku penyakit kritikal sedangkan 70% kematian berpunca dari sakit kritikal. Jika sudah sign-up, boleh tambah coverage baru utk sakit kritikal.

12. JANGAN lupa baca polisi sebaik sahaja terima. Ia sangat penting utk memahami kembali apa yg diterangkan oleh ejen dan pastikan ia terkandung di dalam polisi. Jika ejen beritahu polisi ada simpanan sekian-sekian, minta ejen tunjukkan maklumat tersebut.

13. JANGAN malas utk buat perbandingan proposal takaful. Di Malaysia ada lebih kurang 10 syarikat takaful. Jadi, selaku pelanggan ia adalah satu kelebihan utk mendapatkan produk yg paling baik dan paling sesuai berdasarkan kewangan diri sendiri.

14. JANGAN buat perbandingan lama sangat sampai 3-4 tahun tak habis-habis minta quotation tapi tak sign-up sebarang polisi. Sakit, mati, lumpuh tidak menunggu kita ada polisi takaful baru datang menyinggah. Mereka datang tanpa memberi salam.

15. JANGAN terpengaruh dengan ejen yg desprate nak dapatkan sales. Pilih ejen yg mampu memberi khidmat nasihat berdasarkan keperluan kewangan anda. Mereka golongan rare dalam industri takaful dan tidak ramai.

16. JANGAN batalkan polisi hanya semata-mata anda tak puas hati kepada ejen. Kembali kepada objektif asal anda melanggan polisi sebab apa? Jika tak puas hati dgn ejen, anda boleh hantar surat kepada syarikat takaful utk menukar ejen lain.

17. JANGAN mengharapkan produk takaful yg sempurna. Tiada produk seumpama itu. Produk takaful boleh diambil sedikit demi sedikit. Boleh ambil lebih dari satu utk sesuaikan dgn keperluan kewangan kita.

18. JANGAN sign up polisi takaful sebab nak dapat keuntungan simpanan dan pelaburan. Takaful bukan untuk buat untung tapi untuk melindungi kewangan jika berlaku musibah. Kalau tak nanti, kita menyesal kemudian hari.

19. JANGAN baca sekerat-sekerat panduan ini. Baca keseluruhannya dan setiap satu berkaitan antara satu sama lain.

20. JANGAN lupa utk tag pasangan, keluarga dan kawan-kawan lain yg patut tahu tips ini dan JANGAN lupa utk LIKE dan SHARE selepas baca habis tip-tip ini.

21. JANGAN lupa untuk follow FB Afyan Mat Rawi dan klik see first. Banyak lagi tip-tip kewangan yang dikongsi di FB dan juga di telegram.

22. PENTING: JANGAN lupa dapatkan naskhah terbaru buku Bijak Merancang Wang yang sedang dibuka untuk pra tempahan. Dalam buku ini mengandungi tip dan panduan kewangan komprehensif dgn 7 modul kewangan I.N.F.A.Q iaitu:

A. Aliran tunai / Cashflow
B. Pengurusan aset dan hutang / Networth
C. Simpanan / Saving
D. Perlindungan / Protection
E. Pelaburan / Investment
F. Penyucian / Purification
G. Pewarisan / Inheritance

Afyan Mat Rawi,
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Melawan Scammer bersama Afyan. Posted by Puteh Press