7 Langkah Mudah Menuju Ke Neraka Kewangan Dalam Masa 3 Tahun Selepas Grad

1. Sebaik sahaja dapat gaji pertama, boleh beli (pinjam) kereta dengan installment 1/3 gaji. Lagi tinggi lagi bagus. Banyak tawaran 0 deposit.

2. Selepas 2-3 bulan baru terasa betapa mahal kos petrol dan kos-kos servis. Terpaksa bajet kos-kos lain seperti makan-minum, bil dan lain-lain.

3. Selepas setahun, masa nak renew roadtax tak cukup duit simpanan. Jangan risau, hanya perlu mohon kad kredit. Guna kad kredit untuk bayar takaful insuran dan roadtax.

4. Masuk tahun kedua, boleh gunakan kad kredit untuk kos-kos kereta yang lain seperti petrol, servis, maintainance dan lain-lain.

5. Pastikan bayaran kad kredit dibuat minima sahaja supaya ada banyak lebihan aliran tunai untuk perkara lain.

6. Masuk tahun ketiga, kad kredit semakin besar. Atasinya dengan memohon pembiayaan peribadi untuk menimbus hutang kad kredit tadi.

7. Cukup 3 tahun, salahkan kerajaan, inflasi, Najib, bank, Rostchild, Yahudi, cipan kecuali diri sendiri.

Selamat datang ke #nerakawang!

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?