fbpx

9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan

  • 2 years ago
  • 5Minutes
  • 813Words
  • 1225Views
keretaduit

9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan


1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda?
Pengalaman saya selaku wakil takaful, ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh.

Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya.

Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu ramai juga yang tidak pernah membelek geran kereta sebaik sahaja membeli kereta, bukan?

Tidak mengapa, sila klik pada gambar rajah geran di bawah ini, dan lihatlah sendiri.



(gambar ihsan :http://renewroadtax.com)

2. Jangan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.
Selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. Sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna.

Selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.
Jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. Ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured
Jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured
Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. Tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;
Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.
Jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.

Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.

Cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. Anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. Atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.

7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.
NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. Ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?
Ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

Walhal ia tidak benar sama sekali. Anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.

Sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. Kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.

Sdra Abdul Latef ada berkongsi maklumat ini di dalam blog beliau.

9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.
Ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. Selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. Sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trda-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. Tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.

Selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. Jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.

Ingin memperbaharui roadtax anda sekarang?  

Klik klik di sini atau mesej ke link wasap ini  

=========

IKLAN: BukuBmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang  
Buku Bijak Merancang Wang
#BukuBMW RM49 shj!  
+ Penghantaran PERCUMA
+Rakaman video Seminar Bijak Merancang Wang PERCUMA
+ Ebook PKP: Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! PERCUMA
+ FB Group Bijak Merancang Wang
+ Affiliate Buku Bijak Merancang Wang  

Klik www.bukuBMW.com
Klik www.bukuBMW.com
Klik www.bukuBMW.com  

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

5 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar
  3. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apakah Takaful / Insurans Yang Anda Ambil? www.afyan.com “Sungguh banyak…