fbpx

7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan

  • 14 years ago
  • 3Minutes
  • 420Words
  • 1137Views

Selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam, adalah menjadi tugas saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.

Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada takaful.

Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful merupakan salah satu daripada pelbagai instrumen yang lain.

Secara umumnya, asas pengurusan kewangan saya simpulkan kepada 7 langkah dan peringkat, sebagaimana berikut;


  1. PENDAPATAN (Income);
    Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
  2. SIMPANAN (Saving);
    Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
  3. PERBELANJAAN (Expenses);
    Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
    PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
    Tetapi, yang sepatutnya ialah;
    PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
    Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
  4. PERLINDUNGAN (Protection);
    Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
  5. PELABURAN (Investment);
    Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
  6. PENYUCIAN (Purification);
    Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
  7. PEMBAHAGIAN (Distribution);
    Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN  mengikut faraid berjalan lancar.

… bersambung

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

14 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini adalah lanjutan tulisan saya sebelum ini yang bertajuk, 7…