fbpx

Tips Jahit Poket Bocor: Berjimat Ketika Banyak

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 232Words
  • 469Views

Hari itu 25hb, beberapa hari sebelum hari gaji;

”Sekarang duit aku tengah sengkek ni, kena la bajet-bajet sikit. Malam ni makan maggi aje lah…” keluh Mamat.

Pada 30hb pula;

”Haaa… semalam baru masuk gaji, boleh la aku enjoy puas-puas hujung mingu ni. Malam ni nak makan di mana restoran mana ye?” Mamat berkira-kira untuk membelanjakan wang gajinya.

…………………………………
Adakah kita sebagaimana Mamat?

Sudah menjadi resam manusia, jarang sekali beringat sebelum kena. Bila sudah terhantuk barulah hendak tergadah.

Ketika duit di tangan hanya tinggal RM 50.00,dan gaji akan dapat satu minggu lagi, ketika ini barulah betul-betul menggunakan wang dengan sehabis baik. Wang RM 50.00 akan dibahagikan kepada 7 hari. Setiap hari, akan dipastikan perbelanjaan seperti petrol dan makanan digunakan mengikut bajet yang telah ditetapkan tadi iaitu; RM 50 dibahagi dengan tujuh hari. Iaitu kira-kira Rm 7.00 sehari.

Inikah yang dinamakan sebagai jimat? Tidak!

Kita tidak kitakan sebagai jimat semata-mata kerana kita menggunakan RM 50.00 sahaja seminggu. Dalam situasi di atas, sebenarnya kita telah mnggunakn 100% duit yang ada iaitu RM 50.00; jadi sebab itu ia tidak dikatakan sebagai jimat.

Yang dikatakan jimat adalah; RM 50.00 tadi diguna ketika kita mempunyai duit banyak, selalunya pada awal bulan selepas gaji masuk. Maknanya, ketika kita mempunyai sebahagian besar wang gaji, contohnya RM 1,500.00, kita hanya menggunakn RM 50.00 untuk belanja kita seminggu. Malah, sekiranya kita menggunakan RM 150.00 seminggu untuk makan pun masih lagi boleh dikatakan jimat, kerana kita menggunakan kira-kira 10% duit yang ada.

Ini baru penjimatan sebenar!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

8 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
(tiada kaitan dengan lagu "Tiga Malam Tanpa Bintang")  "Afyan, apasal…