fbpx

Afyan VS Alfafa: Next Move

  • 7 years ago
  • 6Minutes
  • 1070Words
  • 342Views

(1)

Umum sedia maklum, dalam kes saman pemula Alfafa, peguam defendan (saya) berjaya mengenepikan saman tersebut di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Shah Akam semalam.

Asalnya, pada Ogos 2015 Alfafa Norsham pernah mengugut untuk memulakan saman fitnah terhadap saya lalu diupload ke FB draf surat saman beserta quotation daripada peguam mereka.

Rujuk posting https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10206899502636796

Sejurus mendapat notis saman fitnah tersebut saya terus berurusan dengan peguam Saudara Azmir Zakaria dan beliau bersetuju untuk mengambil kes saya.

Peguam saya menghantar surat balas terhadap surat saman fitnah yang dikemukakan oleh Norsham dengan menyatakan saya bersedia menghadapinya di mahkamah.

Kemudian, selepas surat balas tersebut dihantar, mereka langsung tidak membalas surat tersebut, dan tiada langsung panggilan untuk perbicaraan.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan sehingga tahun berganti tahun.

Lama saya menunggu sehingga tahun 2016, saman fitnah yang diugut-ugut oleh Norsham sejak Ogos 2015 masih tidak kunjung tiba.

Sehinggalah pada 25 Julai 2016, sekali lagi saya terima surat saman dari peguam Alfafa.

Rujuk:https://www.facebook.com/afyan.ifp/photos/a.1683140941969520.1073741828.1683130978637183/1772472676369679/?type=3

Kali ini bukan saman fitnah, tapi saman pemula untuk membuat tuntutan siapa yang mendedahkan maklumat kepada saya.

Langsung tidak timbul isu fitnah.

Jika saya tidak mahu memanjangkan kes, mudah sahaja. Saya hanya perlu dedahkan sahaja siapa yang mendedahkan maklumat tersebut.

Dengan cara itu, tiada masa yang dibazirkan, tiada wang ringgit yang perlu dibuang dan tiada tenaga yang digunakan

Ya, dalam dua tahun ini banyak masa dihabiskan untuk berjumpa peguam, naik turun mahkamah dan ia bukan percuma dan masa saya pula sangat berharga.

Saya mempunya komitmen bisnes, agensi, keluarga, kegiatan sosial yang saya ada selama nampaknya ditambah pula dengan komitmen baru – melayan kes saman Alfafa di mahkamah.

Untuk perbicaraan kes saman pemula yang baru sahaja menerima keputusan semalam, kos perbicaraan di mahkamah tinggi hampir mencecah sebuah harga kereta Bezza.

Jadi total kos yang terlibat dari tahun 2015 untuk kedua-dua saman fitnah dan saman pemula ini, boleh membeli separuh rumah Alfafa paling murah.

Kos tersebut sudah pun saya lunaskan dengan sebahagian besar daripada bantuan rakan-rakan yang menyokong kes ini melalaui cara pembelian di Jualan Amal ebook saya Bijak Merancang Wang.

Terima kasih buat semua yang membeli. Ada yang membayar dengan harga serendah RM1 hingga ke RM1,000! Saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan dan hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.

Dengan kos yang memakan angka 5 digit yang dihabiskan sepanjang perbicaraan kes ini bulan ini, moga-moga ia menjadi satu kes teladan untuk para penyokong kebenaran di luar sana.

Mungkin bagi Alfafa kos ini kecil sahaja kerana ia tidak sampai pun sebiji banglo murah mereka, namun pada saya ia satu jumlah yang besar jika ia dibazirkan begitu sahaja untuk kes yang tidak ada asas ini.

Jadi, kemenangan kes ini yang berpihak kepada saya ini adalah kemenangan buat seluruh pejuang kebenaran.

Tidak berbaloi puluhan ribu dihabiskan jika akhirnya sang scammer masih berleluasa.

(2)

Semalam mahkamah memutuskan untuk menolak saman pemula Alfafa dengan kos RM10,000.

Maknanya, Alfafa perlu membayar kos guaman saya RM10,000. Draf perintah mahkamah akan dihantar oleh peguam defendan kepada peguam Alfafa yang perlu ditandatangani oleh peguam plaintiff dalam masa 48 jam selepas notis dihantar.

Jika dia bayar, dapatlah menampung sebahagian kos saya. Tapi jangkaan saya, tidak semudah itu mereka akan bayar sebab keadaan syarikat mereka pun tenat.

Berikut adalah step-step yang kami akan ambil dan kebarangkalian yang bakal berlaku:

1. Notis tuntutan bayaran kos akan dikemukakan kepada Norsham dan Alfafa untuk membayar kos RM10,000 tersebut dalam masa 7 hari.

2. Selepas 7 hari, jika mereka gagal membuat bayaran tersebut, notis tuntutan di bawah Seksyen 466(1)(a) Akta Syarikat 2016 pula dihantar untuk mendesak mereka membuat pembayaran dalam masa 21 hari.

3. Jika selepas 14 hari mereka masih gagal berbuat demikian, maka pilihan yang ada ialah untuk membuat petisyen melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Mahkamah Tinggi untuk “winding-up” (penggulungan) syarikat Alfafa.

4. Tambahan tindakan yang boleh diambil ialah untuk membuat tuntutan saman balas terhadap Alfafa atas kerugian-kerugian yang saya tanggung selama saman-saman mereka.

5. Kami juga perlu bersedia sekiranya Norsham dan peguamnya mengambil tindakan untuk membuat rayuan terhadap kes ini. Ia tidak mustahil

Step 1 dan 2, adalah rentetan daripada prosedur sebelum ini.

Untuk step no 3, petisyen “winding-up”, jika berjaya maka syarikat Alfafa akan digulungkan dan diisytiharkan bankrap oleh mahkamah. Dan selepas itu riwayat syarikat Alfafa akan tamat jika menang kes.

Dan jika ini berlaku, memang musnah terus harapan para pembeli Alfafa untuk dapatkan rumah.

Jika step no 4 diambil, bermakna kali ini saya pula akan mengemukakan saman dan tuntutan terhadap Alfafa dan Norsham.

Jika berlaku kemungkinan ke-5, itu akan saya lawan habis-habisan sekali lagi tanpa saya buat pilihan lain.

Isu utama ialah kos guaman, kos masa, dan kos tenaga.

Dalam tempoh 2-3 tahun kes ini berlangsung, bohonglah kalau saya katakan saya tenang-tenang sahaja. Ya di luar mungkin nampak tenang, tapi hati bergelora tak siapa tahu.

Kerisauan isteri, keresahan bonda, perhatian ahli keluarga malah kawan-kawan rapat yang mengikuti kes ini – perlukan ketabahan hati untuk mendamaikannya.

Emosi, material dan intelek saya teruji untuk kes ini. Mungkin ujian dan kifarah dosa dari Allah terhadap saya juga.

Untuk kes sebelum ini, kos RM20,000 bagi saman fitnah dan saman pemula yang saya menangi adalah kos langsung yang saya bayar kepada peguam yang sebahagian besarnya ditampung oleh rakan-rakan FB melalui Jualan Amal ebook Bijak Merancang yang saya lancarkan bulan lepas dengan penuh rasa serba salah. (Sekali lagi, terima kasih buat semua penyokong dan pembeli)

Itu tidak termasuk kos tenaga dan kos masa yang saya habiskan selama ini dan saya anggap ia sebagai jihad saya menentang scammer.

Jadi untuk NEXT MOVE ini saya perlu pertimbangkan semasak-masaknya sebelum berbuat keputusan.

Jika step ke-3, akan ada kos lain yang akan terlibat kerana ia melibatkan urusan mahkamah dan perlu juga berurusan dengan Jabatan Insolvensi untuk proses winding-up.

Manakala untuk step 4, yang boleh diambil awal, kos tambahan boleh mencecah 5 angka lagi.

Namun juga kebarangkalian no 5 berlaku, yakni Norsham dan peguam mengambil tindakan untuk membuat rayuan, maka saya tidak akan berpatah balik.

Itu satu jumlah yang besar dan terus-terang saya katakan saya hanya akan teruskan salah satu atau kedua-duanya hanya jika ada pihak yang sudi untuk membantu saya untuk menampung kos tersebut.

Dan jika sekali lagi Jualan Amal terpaksa dilakukan, saya sekali lagi dengan penuh rasa serba salah untuk saya lancarkan. Jualan Amal sebelum ini ada beberapa pihak tidak puas hati. Yang menyedihkan, mereka yang tidak puas hati bukan datang dari kumpulan scammer, tapi datang dari kalangan ejen dalam industri perkhidmatan kewangan.

Apa pandangan rakan-rakan?

Jika ada pandangan bernas, boleh berikan di ruangan komen.

Atau paling kurang komen;

“Lawan Tetap Lawan. Istiqamah Hingga Menang!”.

(Gambar: Liputan kes ini dalam akhbar The Star)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
AYAH MASUK MAHKAMAH Pagi tadi saya pesan kepada anak-anak. "Tolong…