AJ Islamic Tidak Diteruskan

Alhamdulillah, saya menyambut baik kenyataan terkini oleh Dr Aznan Hasan dan Dr Zaharuddin Abd Rahman utk tidak meneruskan Affiliate Junction Islamic yg membawa nama mereka.

Ramai yg terkejut selepas majis perasmian AJ Islamic tempoh hari. Rujuk http://afyan.com/bagaimana-dengan-affiliate-junction-islam…/

Rentetan daripada itu, berlaku pergeseran di kalangan geng-geng anti-scammer dan saya pun turut terpalit sekali sehingga menimbulkan perang dingin atau Civil War di ruang FB terutapa di page PW Community dan Say NO To MLM.

Sejurus itu, saya cadangkan beberapa perkara yg saya kongsikan di http://afyan.com/4-cadangan-dalam-isu-aj-islamic.html/

Dalam hal ini, saya tabik kepada kedua-dua bekas penasihat AJ Islamic apabila mereka mengambil tindakan proaktif memanggil pihak-pihak yang berkenaan utk berbincang dua hala.

Majlis perasmian tempoh hari adalah utk mengumumkan secara rasmi penasihat syariah AJ yang sudah dilantik 14 bulan sebelum itu dan perkembangan kajian dan cadangan mereka dari sudut syariah terhadap Affiiate Junction.

Susulan itu, ia mengundang pelbagai kritikan malah juga tohmahan. Juga muncul fitnah-fitnah liar dan serangan peribadi terhadap mereka.

Mereka tidak mengambil masa lama untuk bertindak proaktif dan memanggil beberapa pihak utk pandangan daripada pihak ketiga.

Lantaran itu, kertas putih pematuhan syariah AJ Islamic yang sepatutnya diumumkan secara rasmi minggu lepas, ditangguhkan seketika.

Dalam perancangan asal, AJ Islamic yang patuh syariah akan dilancarkan sepenuhnya pada bulan Ogos.

Ada hikmah dengan apa yang berlaku.

Dan akhir sekali, hari ini mereka mengumumkan Affiliate Junction Islamic dgn model yg mereka usulkan tidak diteruskan.

Jadi, dengan pengisytiharan ini, maka tamatlah sudah siri Civil War: Affiliate Junction Islamic ini.

Alhadmulillah, ia tak mengambil masa lama utk dijernihkan.

Moga ia civil war pertama dan terkahir dalam isu penentangan terhadap scammer.

Saya harapkan pihak-pihak yang pernah mengfitnah dan mencerca batang tubuh bekas-bekas penasihat syariah AJ ini dapat menarik balik dan memohon maaf secara terbuka.

Mereka bukan musuh sebenar kita.

Musuh sebenar kita adalah sang scammer. Halakan peluru ke sasaran sepatutnya.

Next: Spideryan Homecoming. Eh?

Biduk berlalu, kiambang bertaut
AJ-I berlalu, Anti-Scamvengers bertaut.

Afyan Mat Rawi
#nerakawang

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?