Aku, Azizi Ali Dan Bitcoin

1. Jika rakan-rakan dan follower yang sudah terlibat dalam pelaburan Bitcoin ini, saya sangat galakkan Tuan-Puan membaca tulisan-tulisan oleh Tuan Guru Kewangan Azizi Ali Mentor Wang.

2. Saya membaca status-status beliau tentang Bitcoin sejak 4 ke 5 bulan lepas, dan sangat teruja mengikutinya, sementelah harga Bitcoin naik mencanak-canak sepanjang tahun ini.

3. Untuk lebih faham, mungkin juga boleh dapatkan ebook beliau yang beliau sudah lancarkan beberapa bulan lalu. (Penafian awal: Saya belum membelinya).

4. Tujuan saya cadangkan Tuan Azizi Ali ialah supaya kalian tidak terlibat dengan Bitcoin scam. Saya perasan ada tulisan-tulisan yang mengajak kepada Bitcoin, tetapi program scam yang mempergunakan Bitcoin.

5. Cara mudah membezakan program Bitcoin scam ialah;

-01. Scam Bictoin akan menjanjikan pulangan segera sama ada secara mingguan atau bulanan.

-02. Satu lagi ciri Bitcoin scam ialah ahli atau pelabur juga mendapat pulangan juga apabila menjalankan rekrutmen yakni mencari pelabur dan ahli baru.

6. Memandangkan harga Bictoin sekarang sedang mencanak naik, pulangan segera tidak mustahil untuk diberikan oleh penganjur scam.

7. Selepas status ini, tolong jangan ditanya adakah program Bitcoin sekian-sekian adalah scam, kerana saya tidak ada masa untuk menyiasat setiap satu kompeni berkenaan. Cukuplah panduan umum yang saya berikan. Boleh juga dapatkan buku Tersontot Di Pintu Shorga.

8. Jika Tuan-Puan membaca FB Tuan Azizi Ali, Tuan-Puan akan mendapat banyak maklumat tentang Bitcoin yang sah.

9. Semalam saya memberi komen di status beliau;

“Setiap hari selama berbulan-bulan saya baca perkongsian Tuan Azizi Ali Mentor Wang tentang Bitcoin menyebabkan hati saya membuak-buak ingin meyertai pelaburan ini 🙂

Cuma saya tangguhkan sahaja dahulu sehingga ada keputusan fatwa rasmi oleh alim ulama Malaysia.”

10. Ya, memang tulisan sangat mendorong orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bitcoin dan seterusnya menyertainya.

11. Beliau memang seorang yang mempunyai kaliber untuk memperkatakan tentang isu Bitcoin dan kewangan lain.

12. Saya mengikuti beliau lewat buku-buku beliau tentang kewangan sejak lebih 10 tahun lalu. Buku pertama saya baca ialah buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” yang membuka mata saya tentang kewangan peribadi sebaik sahaja saya grad daripada UIAM pada tahun 2003, kira-kira 14 tahun yang lalu.

13. Selepas itu saya membaca buku-buku beliau tentnag kewangan dan hartanah.

14. Jadi, saya percaya maklumat-maklumat yang dikongsi beliau tentang Bitcoin. Banyak yang sudah dikongsi beliau melalui tulisan beliau dan juga beberapa siri video live.

15. Cuma dalam bab muamalat dan isu patuh syariah, saya simpan sedikit apa yang beliau komen. Tuan Azizi pernah berikan komen beliau melalui salah satu video live beliau. Namun dalam hal ini, saya menunggu-menunggu keputusan rasmi dari badan-badan berautoriti untuk mengeluarkan fatwa rasmi tentang Bitcoin.

16. Dalam hal muamalat dan syariah, ada lagi ramai lagi tokoh-tokoh alim ulama di Malaysia seperti Dr Mohd Daud Bakar, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Aznan Hasan , Dr Ahmad Ahmad Sufyan Che Abdullah(muamalat.my) dan lain-lain yang tidak mampu saya senaraikan satu per satu yang lebih berautoriti. Mereka ini adalah tokoh-tokoh alim ulama yang terlibat dalam bidang kewangan untuk mengawal selia dan memantau aspek kepatuhan syariah dalam bidang kewangan.

17. Walaupun hati meronta-ronta untuk menyertai pelaburan BItcoin ini, buat masa sekarang saya tangguhkan dahulu sehingga ada keputusan rasmi tentang hukum Bitcoin. Ia sudah beberapa kali dimuzakarahkan dalam beberapa kali sidang, dialog dan forum di peringkat nasional, tinggal lagi untuk membuat satu rumusan dan kesimpulan.

18. Apabila ia diputuskan kelak, bermakna ia sudah melalui proser kajian dan perbincangan menyeluruh sesama pakar muamalat. Jadi selaku orang awam, saya hanya mengikut apa yang bakal diputuskan.

19. Saya tidak berani untuk melabur sekarang, kerana risiko besar JIKA ia diputuskan haram ialah saya terpaksa memulangkan segala jenis keuntungan yang saya perolehi dan hanya berhak ke atas modal sahaja. Sementelah pula, saya sangat berhati-berhati dengan pelaburan yang sedang trending. Pelaburan yang sedang trending, bukanlah pelaburan yang baik. Ini juga saya belajar daripada buku Tuan Azizi Ali 🙂

20. Apapun, sekalipun dalam hal kepatuhan syariah Bitcoin saya berbeza pandangan dengan Tuan Azizi Ali, namun ia tidak sekali-kali menghilangkan rasa hormat saya terhadap guru kewangan awal saya ini 🙂

Sifu, mu tunggu aku datang!

(Gambar hiasan: Dalam satu sidang media, sesi saya selepas sesi Tuan Azizi Ali. Saya dan Tuan Azizi Ali digandingkan dalam satu program tentang pelaburan emas oleh Public Gold. Juga kelihatan Tuan Sifu Emas Syukor Hashim dan Tuan Big Boss Public Gold Louis Ng)

P/S: Antara Bitcoin dan emas, emas lebih meyakinkan.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?