fbpx

Al-kisah… Claim Takaful

  • 13 years ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 384Views

Ada seorang rakan yang baru menyertai bisnes takaful mengeluh tidak mahu meneruskan bisnes, kerana risau tidak dapat memberi servis terbaik apabila berlaku claim / tuntutan.

Saya katakan kepadanya, sepanjang 8 tahun saya menjadi ejen takaful, tidak sampai 20 pun urusan claim dilakukan. malah rata-ratanya tidak melibatkan kes-kes claim yang besar seperti sakit kritikal, kematian atau lumpuh.

Klik gambar untuk paparan jelas

Ya, sepanjang hampir 8 tahun saya menceburi bisnes takaful (termasuk 3 tahun awal yang tidur a.k.a tidak aktif), hanya ada 15 sahaja rekod tuntutan (bahasa biasa digunakan – claim) dibuat daripada pemegang-pemegang polisi takaful.

Dari 15 tuntutan yang dibuat, 6 claim daripada tahun ini sahaja. Baru masuk bulan April, sudah ada 6 claim yang dibuat! Ada dua lagi saya masih menunggu daripada pelanggan dokumennya, menjadikannya 8 claim dalam masa 4 bulan (rujuk kolumn paling kanan untuk melihat tarikh claim).

Alhamdulillah, setakat ini tidak ada pelanggan saya yang membuat claim musibah-musibah besar seperti sakit kritikal, mati atau pun lumpuh.

Saya teringat kata-kata seorang otai dalam industri ini, orang-orang yang melanggan takaful jarang ditimpa musibah, kerana mereka didoakan oleh seluruh warga kerja syarikat termasuk CEO, pegawai, staf dan ejen-ejen. Kita semua sentiasa berdoa agar semua pelanggan sihat sejahtera, hidup lama dan tidak ditimpa musibah, bagi mengurangkan jumlah claim dibuat.

Jadi, jika saudara mahu ramai orang yang mendoakan saudara, maka sertailah plan takaful 🙂
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya menerima satu emel di dalam sebuah yahoo-group yang saya…