“ALANG-ALANG” Yang Menjerat Diri Dalam Kewangan. No 7 Paling Bahaya. No 8 Anda Patut Buat Segera.

Dalam kewangan, berhati-hati apabila membuat keputusan dengan menggunakan pendekatan “alang-alang”.

1. “Alang-alang beli telefon, baik beli yang 256gb terus. Nanti boeh simpan banyak data”

– Hakikatnya, tak sampai dua tahun model telefon sudah ketinggalan dan beli pula telefon baru.

+ Alternatif, beli dengan storage kecil pun tidak mengapa.

2. “Alang-alang pergi kerja, baik terus beli kereta. Lebih selasa berbanding naik kenderaan awam atau motosikal”

– Hakikatnya, apabila membeli kereta memakan kos 2 per 3 dariapda gaji termasuk ansuran, petrol dan penyeleggaraan yang hanya digunakan pergi dan balik kerja.

+ Alternatif, guna sahaja kenderaan awam atau motosikal, lebih ekonmi.

3. “Alang-alang beli kereta, beli MPV terus. Nanti dah beranak pinak, senang.”

+ Hakikatnya, apabila sudah beranak-pinak, MPV yg dibeli tadi sudah lusuh. Kereta lebih banyak digunakan dan dinaiki dengan jumlah ahli kelaurga yg muat utk kereta sedan.

– Alternatif, beli sedan sahaja pun memadai. Jika ahli kelaurga bertambah tidak semestinya perlu tukar MPV.

4. “Alang-alang beli rumah, beli rumah teres terus. Nanti senang apabila keluarga membesar.”

+ Hakikatnya, kos membeli rumah teres sangat mahal sekarang jika dibandingkan dengan rumah apartment atau flat

– Alternatif, beli rumah apartment yg lebih murah dan sewakan kemudian menyewa sahaja di rumah teres jika perlu.

5. “Alang-alang langgan takaful, ambil yang paling mahal, semua cover”

+ Hakikatnya, takaful ialah komitmen jangka masa panjang dan produk takaful sentiasa evolve.

– Alternatif, tidak mengapa ambil dengan caruman yang rendah terlebih dahulu dan tambah sedikit demi sedikit berkadaran dengan peningkatan pendapatan.

6. “Alang-alang buat majlis kenduri kahwin, buat besar-besar. Kahwin hanya sekali”

– Hakikatnya, tidak berbaloi keluarkan kos yg tinggi, bergolak bergadai, buat pinjaman bagai, hanya semata utk majlis kenduri sehari.

+ Lebih baik bajet yg sama digunakan utk kos kehidupan selepas kahwin spt membeli rumah dan pelaburan masa hadapan.

7. “Alang-alang kahwin, buat sampai 4”

– Rasanya belum dengar lagi “alang-alang jenis ini. Hoho!

8. “Alang-alang baca tulisan ini, kongsi dan komen la sikit. Paling kurang klik SUKA

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?