Anak-anak Bukan Plan Persaraan

Anak-anak Bukan Plan Persaraan

Mengharapkan anak-anak menyara kita di usia emas, bukanlah satu perancangan persaraan yang bagus.

Ia bukan bermaksud anak-anak boleh mengabaikan ibu bapa yang sudah tua, tapi ia peringatan untuk kita semua supaya merancang plan persaraan dengan lebik baik, tanpa mengharap bantuan anak-anak.

Ada satu peringatan berbentuk kiasan yang berbunyi; Jika kita tua kelak, kita pilih sama ada hendak menjadi seperti bola sepak atau bola ragbi.

Bagaimana? Bola sepak, apabila sampai di kaki pemain bola, mereka akan menyepak manakala bola ragbi, apabila sampai di tangan pemain, mereka akan peluk dan diserbu.

Jadi, apabila kita tua kelak, kita mungkin akan menjadi seperti “bola sepak”, iaitu terpaksa menumpang di rumah anak, dari rumah ke rumah, atau kita mungkin menjadi seperti “bola ragbi”, sentiasa menjadi rebutan anak-anak untuk menjaga kita.

Mungkin agak pahit, namun begitulah hakikatnya.

Sudah tentu jika kita menjadi orang tua yang mempunyai wang, lebih bernasib baik berbanding menjadi orang tua yang tidak mempunyai wang untuk hidup. Jika mempunyai anak yang soleh, nasib kita akan lebih baik untuk menjaga kita di usia tua.

Tentu kita mahukan usia persaraan kita dihabiskan dengan tenang dan tenteram sebelum meninggal dunia.

Dan sudah tentu kita mahu tinggal di rumah sendiri dan bukan di rumah orang-orang tua.

60% Pesara Tidak Bersara
————————–———

Tahap kesedaran perancangan persaraan di kalangan rakyat Malaysia masih rendah, terutama orang Melayu.

Berdasarkan statistik, 60% pesara menggunakan wang KWSP dan dihabiskan dalam masa 3 tahun selepas bersara.

Apa yang terjadi kepada 60% ini?

60% ini mugkin terpaksa bekerja kembali, menumpang rumah anak, atau lebih teruk terpaksa ditempatkan di rumah orang-orang tua. Kemudian, 34% bersara dengan selesa.

Hanya 5% hidup mewah selepas bersara dan hanya 1% yang menjadi pesara jutawan.

Jadi, kita berada di mana dalam statistik ini?

Yang 60%? atau yang 1%?

Rancang kewangan anda dari sekarang.

Plan your wealth, change your life.
Rancang kewangan , ubah kehidupan.

 

 

Baca juga:

Infografik | Plan Persaraan

Plan Persaraan | Retirement Plan

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?