fbpx

Antara Azam Tahun 2018

“Afyan, dah lama tak nampak awak post tentang skim-skim scam. Tulisan-tulisan panas pun dah lama tak nampak”, tegur seorang rakan.

Saya hanya tersenyum kelat.

“Saya dah bersara…”

“Alaaaa… Rilek la…”

Sebenarnya memang antara azam saya untuk mengurangkan musuh pada tahun 2018 ini.

Sejujurnya bukan baru 2018. Tapi sejak pertengahan tahun 2017 lagi.

Cukup-cukuplah haters yang saya kumpul selama ini.

Saya belum cukup layak digelar pejuang. Banyak yang saya “lost” sepanjang peperangan yang lalu. Saya tak sanggup hadapinya.

Kadang-kadang teguran saya kpd rakan-rakan industri pun agak pedas, menyebabkan diblok dan diunfriend oleh beberapa pihak yang tersinggung.

Jadi untuk tahun ini, jangan terlalu mengharap saya menulis dengan nada keras seperti dahulu.

Sedaya upaya tulisan-tulisan saya tidak menimbulkan kebencian dan amarah mana-mana pihak.

Jika kalian “rindu”, boleh scrool tulisan lama di FB atau cari posting-posting tersebut di blog afyan(.)com 

Ia sudah diabadikan di sana dengan tenang dan damai.

Mungkin tulisan tentang dryer lebih dekat di hati kalian 

Kawan,

Terima kasih kerana masih sudi friend dan follow FB Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com