fbpx

Antara Kempen Trump Dan Hillary

Dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016, hampir semua kajian menunjukkan Hillary Clinton berjaya menewaskan Donald Trump.

• CNN meramalkan Hillary Clinton menang.
• Fox News meramalkan Hillary Clinton menang
• Analisa media-media arus perdana di sana pun meramalkan Hillary Clinton menang dan Trump tewas
• Undian-undian online juga menjangkakan Hillary menang bergaya

Malah sebenarnya, Trump sendiri menjangkakan dia kalah dalam pilihanraya tersebut.

Tapi beliau terus fokus kepada agenda “Makes America Great Again” tanpa hiraukan kata-kata yang mencemuhnya.

Trump berulang-ulang mengajak rakyat Amerika untuk bersama-sama beliau menjadikan America kembali hebat dan akhirnya ia diterima oleh majoriti rakyatnya.

Antara analisa kemenangan Trump ialah;

1. Penyokong Hillary terpesona dan selesa dengan kajian-kajian yang berpihak kepada mereka dan memandang enteng pencalonan Trump sejak dari awal.

2. Kertas siasatan oleh FBI dibuka terhadap Hillary Clinton 2 minggu sebelum pilihanraya

3. Sentimen bangsa Amerika yang dimainkan oleh Trump nampaknya diterima rakyat

4. Penyokong Hillary bergantung kepada faktor media sosial yang majoriti besar berpihak kepada mereka dan mengabaikan faktor offline

5. Terlalu banyak serangan peribadi, troll dan kutukan kepada Trump yang menyebabkan undi simpati

The rest is history…

Nota kaki:
Kawan-kawan PAS, teruskan kempen manifesto Malaysia Sejahtera dan agenda Kerajaan Teknorat.

Inilah senjata ampuh yang tiada pada pihak musuh. Mereka tiada pun manifesto dan gagasan kenegaraan yang lengkap dan komprehensif sebagaimana yang kita ada. Ditambah pula dengan calon-calon yang kompeten dan berintegriti.

Mereka tak ada masa untuk perjelaskan apakah agenda mereka kepada rakyat sebab sibuk mencari salah dan mengfitnah PAS.

We do the best, ALLAH do the rest!

Afyan Mat Rawi
Ayuh kita hebatkan Malaysia dan bina semula negara menjadi Malaysia yang Sejahtera!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com