fbpx

Antara Manifesto Bagus Dan Merugikan Negara

Kadang-kadang confuse sesetengah kritikan terhadap manifesto.

Ketika ia dicadang dari parti yang disokong, katanya ia bagus untuk rakyat.

Apabila cadangan itu datang dari parti lawan, katanya membazir dan merugikan negara.

Contoh, masa PRU lepas ada cadangan untuk turunkan harga kereta. Sokong 100%

PRU kali ini apabila datang manifesto untuk berikan pinjaman tanpa faedah, dikatakan pula menggalakkan anak muda meminjam, merugikan negara dan sebagainya.

Walhal, asasnya lebih kurang sahaja. Dalam manifesto untuk memberikan pinjaman tanpa faedah juga terkandung tentang membatalkan cukai eksais sekaligus menurunkan harga kereta.

Contoh lain,
Ada manifesto untuk mansuhkan tol – sokong 100%. Sebenarnya kalau ikut logik sama, ia pun boleh juga dikatakan merugikan negara.

Tengok manifesto air percuma suatu ketika dahulu. Berapa banyak kritikan. Akhir sekali, sampai sekarang rakyat Selangor dapat faedahnya.

Bersifat adil itu memang susah. Lebih-lebih lagi apabila datang sikap taksub melulu. Tak kisah parti mana.

Susah untuk berpolitik secara matang.

Berpolitik secara matang ialah;
 Kita mampu mengkritik kesalahan, biarpun dari parti sendiri
 Kita mampu memuji kebaikan, biarpun dari parti musuh

Tapi yang banyak berlaku ialah;
 Kita hanya mengkritik kesalahan parti musuh
 Kita hanya mampu memuji kebaikan parti sendiri.

Inilah beza antara politik matang dan politik bangang.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com