“Antara Medical Card dengan Income Protection – Mana Lebih Penting”

Antara soalan yang biasa ditanya dalam program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW, ialah;

“Mana yang lebih penting antara income protection dan medical card?”.

Ini antara skema jawapan saya:

1. Yang terbaik ialah ada kedua-duanya. Income protection bersamaan 10 tahun pendapatan, dan medical card fokus kepada annual limit, bukan lifetime limit.

2. Jika kekurangan bajet, ambil kedua-duanya dengan bajet yang ada.

3. Jika bajet sangat-sangat ketat, utamakan income protection dan apabila ada bajet kelak, boleh tambah medical card.

Kenapa?

Sebab jika tiada medical card, kita masih ada alternatif hospital kerajaan. Rujuk gambar printshoot dari FB Kementerian Kesihatan Malaysia.

1

Tapi jika tiada income protection, tiada alternatif selain terpaksa menggadaikan aset yang ada atau mungkin meminta derma.

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?