fbpx

Antara Professional Calon-calon Teknokrat PAS Kali Ini

Ingat lagi berita yang viral tahun lepas berkenaan kabinet Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ini?

Ia menarik perhatian dunia apabila setiap posisi kementerian diamanahkan kepada individu yang mempunyai latarbelakang berkaitan, iaitu;

• Menteri Kesihatannya adalah doktor.
• Menteri Pengangkutannya adalah angkasawan.
• Menteri Pertahanannya adalah veteran askar Sikh.
• Menteri Belianya masih lagi dibawah umur 45 tahun.
• Menteri Pertanian dan Pemakanannya adalah bekas petani.
• Menteri Keselamatan Awam dan Persediaan Kecemasan adalah seorang pengakap.
• Menteri Inovasi Sains dan Pembangunan Ekonomi adalah seorang penganalisa kewangan.
• Menteri Kewangannya adalah seorang usahawan berjaya.
• Menteri Undang-undang dan Keadilan adalah seorang pendakwa raya bertauliah dan juga pemimpin kebangsaan utama “First Nations Leader”.
• Menteri Sukan dan Orang Kurang Upaya adalah seorang atlet paralimpik negara.
• Menteri Perikanan dan Hasil Laut dan Keselamatan Perairan ialah seorang Orang Asli “Inuit Eskimo”.
• Menteri Ilmiah ialah seorang ahli perubatan geography berpangkat kedoktoran.

Masa viral tempoh hari, ramai yang komen dan bandingkan dengan menteri-menteri Malaysia.

Ramai berharap Malaysia akan buat begini.

Rakan-rakan tau tak, kita ada peluang supaya ia dibuat di Malaysia?

Inilah contoh Kerajaan Teknokrat sebagaimana yang ditawarkan oleh PAS!

Sebab itu calon-calon yang PAS pertaruhkan di dalam kerusi-kerusi Parlimen dan DUN kali ini, majoritinya dari golongan profesional dan teknokrat, berikut antaranya;

• Tn Hj Abd. Alim, ex- Vice President of Corporate Banking, RHB Bank adalah calon PAS Parlimen Jasin
• Tn Hj Muhamad Sobri, ex- CEO Kulim Technology Park Corporation adalah calon PAS Parlimen Padang Serai
• Hos rancangan Mari Mengaji, Ustaz Dr Zamri Mantop adalah calon PAS DUN Sg Burong
• Lagenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din aka “Kapten Marvel” adalah calon PAS Parlimen Pokok Sena
• Tn Hj Ghazali Daud, ex- Ketua Eksekutif Petronas NGV adalah calon PAS DUN Seri Setia
• Dr Ali Sulaiman, Saintis dan Pakar Teknologi Solar & Semikonduktor negara adalah calon PAS di DUN Bukit Selambau
• Ex- Pegawai Memerintah ATM, Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abdul Karim adalah calon PAS Parlimen Selayang
• Dr Mazri Yahya, Pakar Bedah Vaskular menjadi calon PAS Parlimen Pulai
• Dr Khalid Kassim, ex- Timbalan Pengarah Hospital Melaka adalah calon PAS Parlimen Hang Tuah Jaya
• Prof Madya Dr Zainal Kidam, ex- Timbalan Naib Canselor UNISEL adalah calon PAS Parlimen Putrajaya
• Datuk Dr. Yahya Baba, Mantan Pengarah Hospital Klang adalah calon PAS Parlimen Kuala Langat
• LAr. Hj. Fauzi, ex-President Institute of Landscape Architect Msia (ILAM) adalah calon PAS di Lembah Pantai
• Dr Che Rosli, Pakar nuklear negara adalah calon PAS Parlimen Hulu Langat
• Prof Dr Samsuri, Pakar Aeroangkasa yg menjadi rujukan semasa kehilangan MH370 adalah calon PAS DUN Ru Rendang
• Calon PAS Dun Inderapura, Dr Wan Maseri memiliki 2 PhD dari UTM dan UMP

Bayangkan jika meraka ini berada dalam kabinet negara atau exco kerajaan negeri?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com