Antara Sistem Kewangan Islam Dengan Sistem Perundagan Islam

30 tahun lalu, sistem kewangan Islam dipandang sinis. Persepsi masyarakat terhadap sistem kewangan Islam amat negetif;

“Mana mungkin perbankan tanpa faedah, mana mungkin kewangan Islam berjaya sebab rakyat Malaysia berbilang kaum, mana mungkin sistem kewangan Islam menggantikan sistem kewangan sedia ada yang sudah bertapak lama di Malaysia”.

Tokoh ulama dan reformis ulung Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz memperkenalkan tagline “Membangun Bersama Islam” bangkit menolak persepsi tersebut. 100% wang dalam akaun kerajaan negeri dipindahkan ke Bank Islam, satu-satunya perbankan Islam yang wujud ketika itu.

Dalam masa 30 tahun lebih, sistem kewangan Islam mula berkembang sedikit-sedikit.

Hari ini institusi kewangan Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bank-bank konvensional dan insurans pun berebut-rebut mendapatkan lesen perbankan islam dan takaful. Malah masyarakat non-Muslim pun tidak ragu-ragu dengan sistem kewangan Islam yang bebas riba dan patuh syariah.

Perkara sama berlaku terhadap sistem perundangan Islam hari ini. Persepsi masyarakat terhadap sistem perundangan Islam amat negetif;

“Mana mungkin undang-undang islam diamalkan di Malaysia, rakyat berbilang kaum tidak sesuai dilaksanakan, habis semua orang kena potong tangan, ia menyalahi perlembagaan persekutaan”

30 tahun akan datang, suasana akan berubah. Saya optimis.

ISLAM For All!
#SupportRUU355

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?