Apa Ada Dengan Hibah Takaful? Point Terakhir Paling Penting

APAKAH HIBAH TAKAFUL?

1. Akhir-akhir ini ramai ejen takaful mempromosi “hibah takaful”. Pada saya ia perkembangan yg bagus, berbanding mempromosi takaful “medical card 3 dalam 1” atau mempromosi sebagai instrumen pelaburan dan persaraan. 10 kali lebih baik.

2. Sebenarnya, 5-6 tahun sebelum terma “hibah takaful” ini popular, saya sudah kongsikan tentang hibah dan penama di http://afyan.com/faq-7-beza-penama-dan-hibah.html

3. “Hibah takaful” bukan produk tapi ialah konsep bagaimana pampasan takaful diagihkan selepas berlaku kematian.

4. Hibah ialah satu proses pengagihan harta ketika hidup, cuma dalam konteks “hibah takaful”, pengesahan hibah dibuat selepas kematian.

HIBAH TAKAFUL DAN PUSAKA

5. Semua syarikat takaful ada instrumen “hibah takaful”, selepas IFSA diperkenalkan pada tahun 2013. Ya, semua syarikat takaful.

6. Saya ada baca segelintir ejen mempromosi “hibah takaful” sebagai penyelesaian urusan pusaka. Ia agak kurang tepat kerana hibah takaful hanyalah pembantu urusan pusaka. Namun ia bukan misleading. Ejen peelu telus menceriakan kpd pemegang polisi.

7. “Hibah takaful” lebih rapuh berbanding hibah harta seperti hibah hartanah atau hibah wang simpanan kerana “hibah takaful” hanya boleh dilaksanakan jika sekiranya polisi takaful masih aktif ketika berlaku kematian. Ada kebarangkalian polisi “lapse” sebelum berlaku kematian.

8. Kelebihan pewarisan harta melalui takaful (sama ada melalui hibah atau tidak) ialah ia lebih cair berbanding pewarisan hartanah, akaun bank, saham dan harta-harta lain.

TAKAFUL BUKAN SEKADAR HIBAH TAKAFUL

9. Hibah takaful perlu digandingkan sekali dgn coverage sakit kritikal dan kemalangan kerana musibah bukan sekadar kematian. Berdasarkan statistik WHO, 70% kematian penduduk Malaysia adalah berpunca dari 4 penyakit kritikal; kanser, stroke, diabetik dan sakit jantung.

10. Jika hanya ada “hibah takaful” tanpa ada coverage sakit kritikal, ia tidak membantu peserta dari sudut “income peotection” sekiranya ditimpa musibah sakit kritikal. Pentingnya coverage sakit kritikal, sama penting dgn hibah takaful kerana jika berlaku sakit kritikal, seseorang sudah tidak mampu bekerja dan tiada lagi pendapatan. Di kala itu, hibah takaful shj tidak dapat membantu.

11. Kombinasi coverage utk hibah takaful RM100,0000 ditambah dengan sakit kritikal RM100,000 dan coverage kemalangan RM100,000 (keseluruhan RM300,000 – berasingan setiap satu), boleh dimulakan dgn sumbangan serendah RM100 shj bagi peserta berusia 30 tahun.

12. “Hibah takaful” tiada kaitan dgn hibah bulan-bulan emas Tok Penyangak atau skim kopi serangga. Hoho!

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

P/S: Jika ada soalan tentang isu di atas, boleh ajukan di bahagian komen.

IKLAN: Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW
– Labuan 14 Jan (Sabtu)
– KL 18 Feb (Sabtu)

Hubungi: 013-490-1400

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?