Apa Peranan Ejen Takaful?

Dalam keadaan masyarakat hanya 15% mencarum dalam takaful, dengan 90% pemegang polisi “under insured” – sampai sekarang saya tak faham kenapa ejen takaful suka promosi “cash value”?

Kalau nak promosi return, sepatutnya jadi ejen unit trust atau ejen ASBF atau broker saham, bukan jadi ejen takaful.

Peranan ejen takaful adalah untuk mengajak masyarakat menyertai takaful supaya kadar penembusan takaful semakin tinggi dalam masa sama, jumlah pemegang polisi “under insured” dapat dikurangkan.

Buat rakan-rakan, tidak kisah Tuan-Puan hendak melanggan polisi dari kompeni mana. Yang penting fokus kepada protection bukan cash value.

Tidak ada dalam mana-mana buku perancangan kewangan yang mengajar pembaca melanggan polisi takaful untuk dapat manfaat cash value.

Hairan bin ajaib.

#nerakawang

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?