Kalau saya ada ilmu tentang teknik untuk menjadikan RM1 juta dengan modal hanya RM10 ribu;

1. Saya tidak akan mudah-mudah dedahkan teknik rahsia ini kepada orang ramai. Saya akan labur sendiri dan saya akan brandingkan diri saya sebagai “Warren Buffet Malaysia”. Pernah dengar pakcik saya ni buat training dedahkan teknik beliau?

2. Kalau saya buat training, ia bukan dengan harga semurah RM1,000 untuk seat VIP. Langsung tak berbaloi dengan ilmu tersebut. Paling kurang ilmu tersebut RM100 ribu, 10% daripada keuntungan yang bakal diperolehi dari peserta training saya.

3. Saya buat personal loan RM100,000 yang hanya installment tak sampai RM 10 ribu dan labur sendiri. Jika RM10 ribu boleh jadi RM1 juta, maka RM100 ribu boleh jadi RM10 juta! Installment personal loan baru berapa kena bayar sebulan jika dibandingkan dengan untung RM10 juta yang boleh saya dapat.

4. Sebenarnya, jika saya sudah mampu membuat RM1 juta dengan hanya datang satu training, saya sudah tidak perlu penat-penat anjurkan kursus / seminar. Saya sudah financial freedom ketika itu.

5. Kecuali saya ada udang.

(Gambar sekadar hiasan. Kesian pakcik saya, gambar beliau dijadikan bahan promosi)

1

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?