fbpx

Hibah Bulan-bulan ARBA? – Anda Pun Boleh Buat Sendiri Kalau Guna Cara Ini

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 309Words
  • 389Views

 Join dgn modal RM50,000, dapat pulangan sebanyak RM3000 setiap.

Modal RM50,000 itu digunakan oleh syarikat utk membeli produk kesihatan dan dapat keuntungan, diberikan kpd peserta sebahagian keuntungan RM3,000 sebulan.

Kita semua boleh menjadi “ARBA” sendiri jika tahu modus operandinya.

Mahu tahu bagaimana modus operandinya?

Baik, saya jalankan AMRN (Afyan Mat Rawi Network) pula. Oh, tiada kaitan dgn Amran Fan. Hahaha

Kita bermula dari hari pertama. Saya jumpa prospek pertama (En A) tawarkan program sebiji di atas, modal RM50,000 dgn pulangan RM3,000.

So, hari pertama saya dapat RM50,000 dari En A.

Hari kedua pula, saya jumpa En B, perkara sama terjadi, dan jumlah terkumpula saya ialah RM50,000.

Ia berterusan selama 26 hari sebulan, dgn peserta-peserta baru En C, D, F hinggalah En Z.

Saya buat kerja hanya 26 hari dan rehat seminggu sehari. Lagi pun huruf A-Z hanya ada 26 shj. Hahaha….

Hujung bulan berapa saya dapat?

RM50,000 X 26 = RM1,300,000!!!

1.3 juta beb!

Jadi bermula hari pertama bulan kedua saya mula membayar RM3,000 kepada A, B, C, D hingga Z.

Dalam masa sama, setiap mereka akan ceritakan kpd isteri, adik, abang, emak, ayah, Paklong, maklong, paklang, maklang mereka.

Tentu mereka akan kata “Ni dah dapat dah RM3,000 bulan ni!”

“AMRN ni ada lesen AJL, diluluskan oleh KPDNKK!”.

“AMRN ada produk kesihatan sebagai barang jualan”.

Tentulah paklang, maklang mereka akan percaya dan laburkan.

Masuk bulan kedua, jumlah pelabur / peserta baru bertambah yg direkomendasikan oleh A, B, C, D …. Z.

Bulan ketiga ia semakin bertambah, dan B, C, D …. Z pula sudah mendapat pulangan RM6,000.

Pusingan di atas akan berlaku setiap hari, setiap minggu, setiap bulan.

Masuk 17 bulan, A, B, C, D …. Z sudah dapat pulangan RM50,000 dan saya selaku pengendali program AMRN pun sudah dapat billion-billion.

Program AMRN ini akan berjalan lancar dengan pelabur-pelabur baru, dengan hanya ulang modus operandi di atas……

Sampai bila?

Sampai tersontot dan game over.

Ada sesiapa berminat join AMRN?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bezakan perunding kewangan dengan jurujual produk kewangan. Perunding kewangan akan…