fbpx

ASB Loan / ASB Financing – Pandangan Saya

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 421Words
  • 656Views

 

Ada beberapa perkara di dalam isu ASB loan ini, dan saya bahagikan kepada 2 perkara asas:

1. Keuntungan

2. Patuh syariah  

1. KEUNTUNGAN

Dalam mana-mana pelaburan, tiada pelaburan yang semua pelabur untung dan tiada pelaburan yang semua pelabur rugi. Dan biasanya ramai org yang rugi atau balik modal berbanding untung besar.

Termasuklah dalam hal ASB. Jika melabur tanpa ASB loan – tiada sebarang risiko.

Yang menjadi risiko ialah apabila melabur melalui ASB Loan.

Sepanjang saya menjadi perunding dalam bidang servis kewangan, saya pernah jumpa kes yang rugi dan jumpa kes yang untung dalam membuat pelaburan ASB melalui ASB loan.

Perkara ini berlaku juga dlm pelaburan-pelaburan lain.

Yang membezakan mereka ialah ILMU.

Loan ASB adalah adalah alat, sebagaimana hartanah, unit amanah, emas, saham, dan lain-lain.

Dan pastikan “loan” yang dipilih menggunakan kaedah pembiayaan patuh syariah.  

 

2. PATUH SYARIAH

Ini isu sensitif.

Ramai tokoh-tokoh muamalat yang menolak ASB sebagai pelaburan patuh syariah termasuk beberapa Majlis Fatwa Negeri dan Suruhanjaya Sekuriti.

Manakala Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengharuskan ASB.

Jadi saya mengambil pendekatan bahawa ia khilaf dan saya menghormati ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan ia, sekalipun agak kontroversi.

Dalam hal muamalat, memang banyak perkara khilaf.

Dan ASB tidak berkecuali. Jadi, nasihat saya – boleh pilih mana-mana pandangan dan yang penting dengan asas dan ilmu.

Khilaf bukan berdasarkan “ada Ustaz kata khilaf”, tapi berdasarkan badan-badan authority yang memberi pandangan.

Di Malaysia, majlis-majlis fatwa, penasihat syariah adalah institusi-institusi yang berauroriti dan berkredibeliti.

Dalam hal ini, tepuk dada tanya iman. Kita pilih ASB sebab hujah syariah atau sebab “masyuuuuk”.

Itu menjadi sempadannya.

Secara personal, saya tidak melabur di ASB dan hormat kepada ahli-ahli muamalat yang mengharuskan.

Ia kembali kepada isu ILMU juga.

NOTA

– Saya pernah “ter”buka akaun ASB ketika sekolah dahulu dan menutup akaun ini kira-kira 10 tahun lepas selepas menceburi bidang kewangan.

– Ketika itu saya berazam, saya akan melabur kembali di ASB apabila ia diiktiraf patuh syariah.

– Selepas 10 tahun, dengan ilmu yang ada

– sebenarnya ada banyak lagi peluang pelaburan yang boleh saya buat dan sebahagiannya saya sertai dan menghasilkan keuntungan.

Wallahua’lam.

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Merancang Persaraan, Mula Dari Sekarang Dengan membuat pelaburan RM100 sebulan…