fbpx

Asingkan SAVING, PROTECTION dan INVESTMENT

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 253Words
  • 335Views

Dalam modul INFAQ Consultancy, kami mengasingkan antara fungsi SAVING, PROTECTION dan INVESTMENT.

 

SAVING
==========

– Minima perlu ada 3 bulan hingga 6 bulan INCOME.

– Peruntukkan 10% dariapada INCOME untuk saving

– Kegunaanya adalah untuk kegunaan kecemasan, seperti duit hilang, kereta rosak, paip bocor dan lain-lain.

– “Worst case scenario”, kegunaan SAVING adalah jika sekiranya dibuang kerja.

– Tools untuk SAVING, mesti mempunyai 2 ciri:-
(1) tiada caj / kos / risiko , dan
(2) boleh dicairkan dengan mudah

 

PROTECTION
==========

– gunakan takaful untuk menghadapi 3 situasi yang kami namakan sbg 3D:-
D-Death
D-Disable
D-Disease

– 3D ini kebarangkalian kecil berlaku dalam hidup, tapi jika beralaku impaknya sangat besar dalam kehidupan!

– coverage bersamaan dengan 10 tahun INCOME dengan peruntukan maksima 10% daripada INCOME

– jangan harapkan SAVING dan INVESTMENT di dalam produk takaful, kelak akan menyesal di kemudian hari.

 

INVESTMENT
==========
– peruntukkan 10% daripada INCOME utk INVESTMENT, dan boleh dinaikkan kpd 20% apabila tabung SAVING sudah penuh.

– toolls utk INVESTMENT mestilah memberi pulangan melebihi 6%-8% setahun, jika tidak lebih baik simpan sahaja di toolls SAVING spt TH / ASB.

– INVESTMENT ada pelbagai tools spt unit trust, saham, hartanah, gold, dan lain-lain.

– INVETSMENT paling penting sekali ialah INVESTMENT on KNOWLEDGE

– Pelaburan yg paling baik ialah PELABURAN utk ILMU, sebelum melabur dalam unit trust, saham, hartanah, emas dll

Pengasingan antara SAVING, PROTECTION dan INVESTMENT memudahkan pengguna memaham produk-produk kewangan yg ada di pasaran.

Ia juga supaya tidak terkeliru oleh ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab menjual produk-produk “ajaib” yang kononnya “semua dalam 1” yang boleh menyelesaikan semua perkara dengan menggunakan satu instrumen kewangan.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
(1) Apabila saya berkongsi tentang skim-skim yang too good to…