fbpx

Ayah Dah Menang?

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 139Words
  • 298Views

Ambil sahaja anak-anak di sekolah tadi, anak-anak terus tanya soalan pasal kes mahkamah tadi.

(i)

Balqis yang mula-mula tanya “Ayah menang tak masuk mahkamah tadi?”

“Alhamdulillah, ayah menang”, respon saya sambil tersenyum.

“Lepas tu, hakim suruh orang jahat tu buat apa?”

“Orang jahat tu kena bayar RM10,000”.

“RM10,000????”, terperanjat betul Balqis.

Saya hanya senyum.

Tiba-tiba Balqis berkata;

“Yeay! Boleh beli rumah!”

Aduh, nak cari mana pula rumah RM10 ribu. Rumah Alfafa pun RM77k paling murah.

(ii)

Zulaikha pula bertanya;

“Rambut hakim warna apa?”

Hahahahah. Tergelak saya dengar soalan ini. Ini mesti banyak terpengaruh dengan TV, hakim pakai rambut warna putih.

Zulaikha tanya lagi;

“Hakim ada bawa tukul tak?”

Hahaha!

Soalan-soalan lain ialah soalan yang berulang pagi tadi. Yang terlepas boleh baca posting pagi tadi.

Aduhai anak. Hilang letih ayah bertarung di mahkamah. Besar nanti, moga kalian akan mengerti 🙂

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
(1) Umum sedia maklum, dalam kes saman pemula Alfafa, peguam…