AYAH MASUK MAHKAMAH

Pagi tadi saya pesan kepada anak-anak.

“Tolong doakan ayah ya. Pagi ini ayah masuk mahkamah”

Satu-persatu Balqis, Zulaikha dan Daniel bertanya soalan.

Dari rumah, ketika menaiki kenderaan sehingga sampai ke sekolah mereka.

Zulaika memulakan soalan utama, “Mahkamah tu apa?”.

“Mahkamah tu tempat perbicaraan”.

“Perbicaraan tu apa?”

“Ada orang saman ayah. Jadi ayah kena pergi mahkamah. Nanti hakim buat keputusan”

“Kenapa orang tu saman ayah?”

“Sebab ayah bongkar rahsia orang tu”

“Orang tu orang jahat?”

“Ya”

“Kalau jahat kenapa orang tu nak saman ayah?”

“Sebab dia tak mengaku jahat”

“Orang tu olok-olok baik?”

“Ya, sayang”

“Ayah bongkar rahsia orang tu dekat mana?”

“Dekat fesbuk”

“Orang tu lelaki ke perempuan?”

“Lelaki”

“Apa nama orang tu?”

“Al***a”

“Nama pun macam orang jahat!”

Sang ayah terkedu.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?