Baca Polisi Medical Card Anda

12 perkara penting yang perlu anda baca dan fahami pada polisi medical card anda.

Klik pada setiap gambar utk baca huraiannya.

Kupasan lanjut ti–tip perancangan kewangan termasuk pengurusan aliran tunai, pengurusan hutang, membina aset, takaful, pelaburan, zakat, wasiat dan lain-lain di www.afyan.com/ebookbmw

102

1. KADAR SUMBANGAN, ia akan meningkat dalam tempoh tertentu. Setakat ini belum ada medical card yang kadar bayarannya tetap. Ini kerana kos perubatan sentiasa meningkat.

 

103

2. KO-TAKAFUL, bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya dimasukkan ke hospital. Mungkin ada, mungkin tiada.

 

104

3. KO-PAYMENT, bayaran yang perlu dibayar sekiranya pelanggan upgrade bilik ke bilik yang melebihi kadar medical card. Jangan terkeliru dengan Ko-Takaful, Dua istilah berbeza.

 

105

3. KO-PAYMENT, bayaran yang perlu dibayar sekiranya pelanggan upgrade bilik ke bilik yang melebihi kadar medical card. Jangan terkeliru dengan Ko-Takaful, Dua istilah berbeza.

 

106

5. LIMIT SEMUA HIDUP atau Lifetime Limit. Jumlah ini memang nampak tinggi, ada yang RM1 juta, ada yang RM2 juta malah ada yang unlimited. Tapi ketahuilah bahawa ia hanya “gimik”, kerana belum pernah berlaku lagi pelanggan yang tidak cukup had limit seumur hidup. Tapi ramai yang terpaksa bayar sendiri apabila sudah claim melebihi had limit tahunan. Jadi fokus kepada annual limit, bukan lifetime limit.

 

107

6. FASAL PENGECUALIAN. Ini perkara yang AMAT PENTING dalam apa jua polisi takaful. Cari perkara ini dalam polisi dan baca situasi-situasi yang pelanggan tidak layak untuk claim jika dimasukkan ke hospital. Setiap polisi syarikat mempunyai klausa berbeza-beza antara satu sama lain.

 

108

7. TEMPOH MENUNGGU, ini adalah tempoh permulaan polisi berkuat kuasa sepenuhnya. Ia mungkin 30 hari hingga 120 hari.

 

109

8. TEMPOH MENUNGGGU PENYAKIT KHUSUS. Ada beberapa penyakit khusus yang mempunyai tempoh menunggu lebih panjang sehingga 120 hari.

 

110

9. KLAUSA PENGUBAHAN POLISI. Ini juga maklumat penting yang perlu diketahui yakni syarikat berhak membuat perubahan terhadap polisi TANPA persetujuan pelanggan. Hanya sekadar notis dalam tempoh tertentu untuk menjadikan terma dan syarat polisi berubah mengikut kehendak syarikat. Ia juga dikenali sebagai “non cancelable policy” atau NCC. Tanpa klausa NCC, syarikat berhak mengubah kandungan polisi dengan hanya memberi notis dalam tempoh tertentu.

 

111

10. THIRD PARTY ADMINISTRATION (TPA). Ada ejen takaful yang memburukkan syarikat lain dengan “fakta” bahawa third-party administration seperti polisi third-party kenderaan. Ia adalah auta bukan fakta, sebab TPA medical card adalah merujuk kepada syarikat operator yang menguruskan GL dan urusan kemasukan wad yang tertakluk di bawah Bank Negara. Langsung tiada kena mengena dengan istilah third-party dalam insurans kenderaan.

114

11. Lawatan Doktor, Setiap kali kemasukan hospital, ads jumlah tertentu lawatan doktor ke atas pesakit. Jika had lawatan doktor hanya sehari sekali, maka sekiranya ada 2 lawatan doktor jadi kos lawatan doktor yg kedua perlu ditanggung oleh pemegang polisi.

 

113

12. Portfolio Withdrawal Clause, Portfolio Withdrawal Clause (PWC) bermaksud, syarikat takaful berhak menarik balik produk medical card dari pasaran dgn memberi notis tertentu kpd pelanggan. Jika ada klausa ini, syarikat berhak menarik balik produk medical card dari pasaran.

 

BERMINAT?

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?