fbpx

Baca Polisi Medical Card Anda

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 459Words
  • 588Views

Banyak sangat PM masuk tentang medical card sehari dua ini. Ini mungkin berikutan status-status saya berkenaan medical card yg saya kongsikan beberapa hari ini.

Sebenarnya semua persoalan boleh dirujuk kpd polisi utk pengesahan sebab setiap syarikat berbeza-beza terma dan syaratnya.

Apabila menerima polisi takaful, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian di dalam polisi:

  1. KADAR SUMBANGAN, ia akan meningkat dalam tempoh tertentu. Setakat ini belum ada medical card yg kadar bayarannya tetap. Ini kerana kos perubatan sentiasa meningkat.
  2. KO-TAKAFUL, bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya dimasukkan ke hospital. Mungkin ada, mungkin tiada.
  3. KO-PAYMENT, bayaran yang perlu dibayar sekiranya pelanggan upgrade bilik ke bilik yang melebihi kadar medical card. Jangan terkeliru dengan Ko-Takaful, Dua istilah berbeza.
  4. LIMIT TAHUN – ini adalah jumlah yang boleh pelanggan claim setiap tahun. Ini adalah jumlah limit yg penting utk diketahui.

  5. LIMIT SEMUA HIDUP atau Lifetime Limit. Jumlah ini memang nampak tinggi, ada yang RM1 juta, ada yg RM2 juta malah ada yg unlimited. Tapi ketahuilah bahawa ia hanya “gimik”, kerana belum pernah berlaku lagi pelanggan yg tidak cukup had limit seumur hidup. Tapi ramai yang terpaksa bayar sendiri apabila sudah claim melebihi had limit tahunan. Jadi fokus kepada annual limit, bukan lifetime limit.

  6. FASAL PENGECUALIAN. Ini perkara yang AMAT PENTING dalam apa jua polisi takaful. Cari perkara ini dalam polisi dan baca situasi-situasi yang pelanggan tidak layak utk claim jika dimasukkan ke hospital. Setiap polisi syarikat mempunyai klausa berbeza-beza antara satu sama lain.

  7. TEMPOH MENUNGGU, ini adalah tempoh permulaan polisi berkuat kuasa sepenuhnya. Ia mungkin 30 hari hingga 120 hari.

  8. TEMPOH MENUNGGGU PENYAKIT KHUSUS. Ada beberapa penyakit khusus yang mempunyai tempoh menunggu lebih panjang sehingga 120 hari.

  9. KLAUSA PENGUBAHAN POLISI. Ini juga maklumat penting yg perlu diketahui yakni syarikat berhak membuat perubahan terhadap polisi TANPA persetujuan pelanggan. Hanya sekadar notis dalam tempoh tertentu utk menjadikan terma dan syarat polisi berubah mengikut kehendak syarikat.

  10. THIRD PARTY ADMINISTRATION (TPA). Ada ejen takaful yang memburukkan syarikat lain dengan “fakta” bahawa third-party administration spt polisi third-party kenderaan. Ia adalah auta bukan fakta, sebab TPA medical card adalah merujuk kpd syarikat operator yang menguruskan GL dan urusan kemasukan wad yg tertakluk di bawah Bank Negara. Langsung tiada kena mengena dgn istilah third-party dalam insurans kenderaan.

Ada lagi perkara-perkara lain, tak sempat saya masukkan semua. Ini adalah berdasarkan persoalan yg selalu dikemukakan kpd saya. Jika ada lain, boleh berikan komen.

Pendek kata SEMUA maklumat dalam polisi dari muka hadapan hingga muka surat terakhir adalah PENTING. Baca SEMUA, jika tidak faham terus tanyakan ejen anda. Mereka dibayar komisen dari caruman anda utk memberi maklumat-maklumat penting kpd anda, bukan sekadar memberi diari dan kad raya.

PERINGATAN PENTING: Syarikat takaful / insurans adalah entiti bisnes, bukan badan kebajikan. Syarikat dan ejen mempromosi medical card dengan berorientasikan keuntungan.

Afyan Mat Rawi, IFP.
www.afyan.com
INFAQ Consultancy Sdn Bhd

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan; "Salam. Ada tak medical card utk sekeluarga?" Jawapan; "Ada,…