fbpx

Bagaimana Dengan Affiliate Junction Islamic?

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 456Words
  • 621Views

Ramai pula yang bertanyakan saya tentang pelancaran Affiliate Junction Islamic dan perlantikan penasihat syariah mereka.

Dikhabarkan Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Dr Aznan Hasan adalah penasihat syariah yg dilantik.

Kedua-dua ilmuan ini merupakan tokoh muamalat dan kewangan yg menjadi rujukan ramai dan prominen di negara ini. Bukan calang-calang orang.

Dr Zaharuddin atau UZAR adalah nama yg tidak asing lagi dlm bidang kewangan Islam di Malaysia, begitu juga dgn Dr Aznan yg merupakan penasihat syariah beberapa institusi kewangan Islam di Malaysia.

Dr Aznan merupakan pensyarah saya di UIA dahulu dalam beberapa subjek syariah dengan beliau.

Manakala Dr UZAR pula saya mengikuti ceramah-ceramah beliau sejak zaman mahasiswa beliau bersama GAMIS dahulu, kemudian beliau menceburi bidang kewangan Islam dan sehingga kini.

Jadi dalam hal pematuhan syariah program ini, saya yakin dan percaya kedua-dua ilmuwan ini akan pastikan sistem perniagaan AJ disemak dgn teliti sebelum diakui sbg patuh syariah.

Peristiwa ini mengimbau kenangan saya ketika saya menyertai MLM Score A selepas saya yakini pematuhan syariah oleh Dr Engku Ahmad Fadzil dan Dr Azizi Che Seman.

Kebetulan, Dr Engku Fadzil adalah pensyarah saya di UIAM dahulu dan saya dapatkan pengesahan dari beliau sebelum menyertai MLM tersebut sekitar tahun 2008.

Bab patuh syariah, saya serahkan kpd pakar-pakar muamalat kerana saya bukan ahlinya.

Ulasan yg saya boleh berikan ialah dari aspek perancangan kewangan.

Secara umumnya saya pernah kongsi di sini.

Affiliate Junctions ialah di bawah MDeC (Multimedia Development Corporation Sdn Bhd) yg berperanan untuk menggalakkan pembangunan serta penggunaan aplikasi MyKad dan ianya disokong oleh JPN.

Dari segi produk, ia tidak nampak sebarang masalah. Konsepnya mirip MLM

Menonjolkan kemewahan

Yg jadi isu ialah apabila ejen-ejen AJ mempromosi program ini secara “head-hunting” sebagaimana tipikal ejen MLM yg ada di Malaysia.

Ia menjadikan modus operandi skim ini umpama skim piramid dan skim cepat kaya apabila lebih ditonjolkan gaya hidup berbanding manfaat produk.

Tonjolkan hidup mewah, kereta mewah, gaji besar dll. Kemudian mempromosi pakej bisnes yg paling tinggi modal malah ada juga yg menggalakkan downline mengambil pinjaman.

Perkata sebegini biasa berlaku dalam mana-mana bisnes networking termasuk MLM patuh syariah Score A yg saya sertai dulu.

Fenomena ini juga dalam bisnes takaful dan unit trust apabila leader agensi lebih menonjolkan gaya hidup berbanding manfaat produk. Kemudian siap kutuk-kutuk orang makan gaji.

Selalunya group MLM yg menjalankan operasi secara head hunting akan menggalakkan downline mereka memohon personal loan. Walhal ia boleh sahaja disertai dengan kos yg rendah tanpa perlu personal loan.

InsyaAllah saya akan dapatkan ulasan perkara ini daripada kedua-dua penasihat syariah ini dalam masa terdekat.

Follow FB Afyan Mat Rawi dan klik see first. Akan dikongsikan kelak selepas dpt maklum balas dari mereka.

Kalau ok, saya pun nak join. Siapa nak jadi downline saya, Say “I”! Hahaha

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hangat perbincangan tentang isu patuh syariah AJ Islamic. Kebetulan pula…