fbpx

Bagaimana Menjadi Financial Planner / Financial Advisor Berdaftar

  • 8 years ago
  • 4Minutes
  • 632Words
  • 1912Views

Tahukah anda, di Malaysia tidak sampai 500 orang yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti sebagai Financial Planner, dan tidak sampai 100 orang Melayu Muslim yang berdaftar?

Boleh semak maklumat ini di website Suruhanjaya Sekuriti,http://ers.seccom.com.my/public/

Di Malaysia, penggunaan istilah “Financial Advisor” dan “Financial Planner”, mempunyai undang-undang tersendiri dan ketat.

Financial Advisor Representative atau FAR adalah title yang diperolehi apabila berdaftar dengan Bank Negara Malaysia manakala Financial Planner Representative (FPR) pula adalah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

news

Kelebihan kedua-dua kerjaya Financial Advisor dan Financial Planner ialah “independant” yakni tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan sama ada takaful / insurans dan unit trust.

Bukan semudah menjadi ejen takaful / insurans atau ejen unit trust, terus claim diri sendiri sebagai Financial Advisor dan Financial Planner.

Ia sebenarnya menyalahi undang-undang, cuma penguatkuasaan bergantung kepada aduan dari orang ramai dan awam juga tidak terdedah dengan perkara ini.

Berbanding ejen takaful / insurans / unit trust biasa, Financial Advisor / Financial Planner akan memberi nasihat yang tidak bias kepada syarikat tertentu dan produk tertentu kerana mereka boleh engage dengan pelbagai syarikat.

Memiliki sijil IFP, RFP, CFP tidak automatik menjadi FAR atau FPR. Perlu daftar dan ada prosedur tertentu.

2

Saya bercita-cita menjadi perunding kewangan bebas sejak tahun 2009 dan berjaya menamatkan IFP pada tahun 2012.

Selepas mengambil IFP baru saya tahu tentang prosedur tertentu untuk menjadi seorang Financial Advisor / Financial Planner dan saya berusaha mencari mentor yang sesuai tetapi agak sukar.

Serentak itu juga saya menubuhkan INFAQ Consultancy dengan mengambil pendekatan advisory yakni lebih fokus kepada khidmat nasihat kewangan berbanding product-pusher atau sales-oriented.

Pendekatan ini memang sukar sementelah majoriti agen dan agensi dalam industri insurans / takaful dan unit trust lebih kepada product-pusher atau sales-oriented.

Jika Tuan-Puan baca tulisan-tulisan saya dan rakan Admin di FB Afyan Mat Rawi, IFP, FB Rahsia Takaful , FB INFAQ Consultancy, blog www.afyan.com, blog www.infaq.my dan www.rahsiatakaful.com, jarang-jarang-jarang kami promosi produk.

Perkara sama saya latih dan kongsi kepada para perunding yang menyertai INFAQ.

2

Antara cabaran pendekatan ialah kesedaran masyarakat Melayu Muslim tentang pengurusan kewangan yg rendah.

Juga kebanyakan agensi dan agen lebih mudah menjual nama syarikat berbanding memberi khidmat nasihat melanggan produk kewangan dengan betul.

Tambahan pula jumlah Financial Advisor dan Financial Planner di Malaysia tidak sampai 500 orang dan jumlah FA / FP dari kalangan Melayu Muslim pula 100 orang.

Atas sebab itu juga hasrat saya untuk menjadi Financial Advisor / Financial Planner sedikit terbantut sekalipun memiliki sijil IFP lantaran kesukaran mencari agensi dan mentor yang boleh membimbing saya.

Sehinggalah tahun lalu, pada 2015 cita-cita ini menampakkan sinar apabila saya bertemu dengan Tuan Razwan Awaluddin, yang diperkenalkan oleh Tuan Coach Isa Berbisa.

3

Tuan Razwan merupakan seorang Financial Planner berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Boleh semak nama beliau dalam website SC.

Dan sekarang sejak tahun lalu saya berguru dengan beliau untuk mempersiapkan diri sebagai seorang Financial Planner berdaftar dan independant.

Ia menjadi agak lancar memandangkan pendekatan saya selama ini yang mengutamakan konsep Planner dan advisory, tambahan pula sudah memiliki sijil IFP.

Jika ada kalangan rakan-rakan yang berminat mendalami ilmu ini dan berhasrat menjadi seorang Financial Advisor / Financial Planner bebas yang tidak terikat dengan satu syarikat sahaja, saya amat alu-alukan.

Boleh mulakan sebagaimana saya mulakan melalui platform Single License Investment, untuk pemasaran pelbagai produk pelaburan merentas 27 syarikat pelaburan di Malaysia.

Lebih-lebih dari kalangan rakan-rakan dalam bidang servis kewangan insurans yang suka dengan pendekatan khidmat nasihat berdasarkan keperluan pelanggan, berbanding pendekatan jualan (sales-oriented) atau product-pusher.

Jika sudah mempunyai IFP, RFP atau CFP akan lebih mudah.

Jika mempunyai TBE, PCE, atau CUTE dan bercita-cita menjadi financial planner berdafatar, juga dialu-alukan.

Bagi yang tiada pengalaman tapi bersedia untuk belajar, juga dialu-alukan untuk bermula dari kosong.

Antara misi saya ialah untuk melahirkan lebih ramai perunding dalam bidang servis kewangan pada masa akan datang, bukan sekadar salesman produk.

Yang penting, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Berminat? jemput PM ke m.me/afyan.ifp

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hari ini 8 Ogos 2016 hari yang cukup bersejarah. Hari…