Beban Hutang Rakyat Malaysia

image

Lebih separuh beban hutang rakyat Malaysia berpunca dari kegagalan mengurus kewangan dengan baik;

22.8% berpunca dari perancangan kewangan yg lemah. Ia jelas satu kegagalan menguruskan kewangan.

18.1% pula berpunca dari kos perubatan yg tinggi, dan 1.4% berpunca dari kematian pasangan. Ini dapat diatasi dengan kebijaksanaan pengurusan takaful, untuk menyerap kos perubatan yang tinggi melalui plan talaful medical card. Juga merancang plan pengggantian pendapatan melalui plan polisi suami-isteri. Dengan hanya memperuntukkan sekitar 5% ke 10% dari gaji bulanan, ia dpt menyelesaikan kesulitan kos perubatan di kemudian hari.

11.1% pula berpunca dari hutang kad kredit.  Sebenarnya ia dapat diatasi dengan berhati-hati menggunapakai pakai kredit.  Jika tidak guna langsung adalah lebih baik. Caj bank ke atas kad kredit adalah yang paling tinggi bersanding perkhidmatan lain seperti hutang peribadi (personal loan), hutang kereta atau hutang rumah. Ia boleh mencecah hingga 18% setahun, satu jumlah yang sangat tinggi.

4.4% berpunca dari kos sara hidup meningkat, dan 4.1% berpunca dari komitmen kewangan yg tidak dijangka.  Ia dapat ditangani dengan baik dengan membuat persediaan awal melalui simpanan di instrumen rendah risiko. Masalah utama rakyat Malaysia ialah tidak berdisiplin dalam membuat simpanan.

Akhir sekali, 1.1% berpunca dari kegagalan pelaburan. Perkara ini dapat diatasi melalui pelaburan bijak dan tidak terpengaruh dengan skim-skim pelaburan haram dan skim cepat kaya.

NOTA:
Grafik ini diambil dari Harian Metro dan ulasan oleh perunding kewangan INFAQ Consultancy.

Untuk tip-tip dan panduan kewangan PERCUMA, dijemput LIKE page kami di www.fb.com/INFAQ.my HARI INI.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?