fbpx

Berapa Lama Tempoh Polisi Anda Berkuatkuasa?

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 679Words
  • 370Views

Antara perkara penting dalam melanggan polisi takaful ialah berapa lama tempoh polisi tersebut berkuatkuasa.

 Secara idealnya, bagi tujuan untuk melindungi pendapatan (income protection), tempoh perlindungan yang perlu kita langgan ialah sehingga umur persaraan iaitu sehingga usia kita 60 tahun.

Sebab, fungsi “income protection” ketika kita mempunyai pendapatan. Jika sudah tiada pendapatan, ia tidak lagi relevan.

 Manakala bagi medical card dan coverage penyakit kritikal pula, sehingga akhir hayat.

Sebab, kita memerlukan medical card dan coverage penyakit kritikal tidak kira mempunyai pendapatan atau tidak.

 Begitu juga jika anda melanggan polisi takaful sebagai persediaan pusaka atau hibah untuk diwariskan kepada anak-anak, perlu tempoh sehingga akhir hayat.

Sebab, supaya ia berfungsi sebagai manfaat pusaka untuk waris tidak kira waktu kita meninggal dunia, sama ada sebelum atau selepas bersara.

⁉️ Persoalan penting: Berapakah jangka hayat umur kita? Tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa.

Secara purata, berikut ialah jangka hayat rakyat Malaysia ialah;

👨 Umur 73 tahun bagi lelaki
 Umur 79 tahun bagi wanita.

Banyak statistik dan berita menunjukkan jumlah golongan tua semakin bertambah pada masa akan datang.

Satu sudut positif, ia menunjukkan rakyat Malaysia semakin panjang usia mereka.

Tapi satu sudut lain, berapa ramai yang bersedia untuk menghadapi hari tua mereka?

Selain merancang untuk mengumpul dana persaraan, antara persediaan penting ialah untuk merancang plan takaful.

Dalam merancang berapa banyak coverage takaful yang perlu dilanggan, kita perlu merancang dengan baik berapa lama tempoh polisi yang dilanggan.

Jika tempoh polisi di bawah 70 tahun, berhati-hati. Lebih-lebih lagi medical card dan sakit kritikal.

Malah jika anda merancang takaful untuk manfaat hibah atau pusaka kepada ahli waris pun perlu pertimbangkan faktor ini.

Bayangkan, jika coverage hanya sampai 70 tahun sahaja?

Apa yang terjadi selepas usia itu?

 Polisi medical card anda akan tamat pada usia 70. Jika penyakit anda berterus-terusan, kos rawatan selepas umur 70 anda terpaksa gunakan wang dari poket sendiri.

 Polisi takaful “hibah” anda juga akan tamat pada usia 70. Bermakna, jika berlaku kematian pada usia 71 tahun, tidak ada sebarang manfaat hibah takaful untuk ahli keluarga.

Ada pro dan kontra di sini.

Kalau tanya saya berapa tempoh polisi takaful yang ideal, bagi saya sekurang-kurangnya 80 tahun. Lagi panjang lagi bagus.

Sebab, ia berbalik kepada tujuan kita melanggan polisi takaful.

Tujuan kita melanggan adalah untuk menghadapi musibah terutama 3 musibah utama iaitu kematian, lumpuh & sakit kritikal.

Dan, kita tidak tahu bila musibah itu berlaku.

Kematian itu pasti, tapi kita tidak tahu bila kita akan mati.

Atas sebab itu, tempoh polisi sebaiknya ialah semaksimum tempoh yang boleh dilanggan.

Sebab musibah pasti akan berlaku; cepat, lambat, lambat-laun.

 Berapa cepat? Mungkin beberapa saat, beberapa minit, beberapa hari, beberapa bulan selepas kita sign up polisi.

 Berapa lambat? Mungkin setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun selepas kita sign up polisi.

 Berapa lambat-laun? Mungkin 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun. Siapa tahu?

Jadi, apabila melanggan polisi perlu mengambil sebarang kebarangkalian ini.

Polisi yang saya langgan,

📑 Coverage kematian dan lumpuh hingga umur 100 tahun.

📑 Coverage penyakit kritikal hingga umur 100 tahun.

📑 Coverage medical card pun sehingga umur 100 tahun. Malah coverage medical card meningkat 10% setiap 3 tahun, sehingga 15 tahun jika tiada claim.

Manfaat-manfaat di atas boleh dilanggan dengan sumbangan takaful di bawah RM200 sebulan bagi usia bawah 35 tahun.

Lebih muda, lebih tinggi manfaat yang diperolehi.

Jika tanpa medical card, dengan bermula RM100 sebulan boleh dapat coverage RM200K ke RM300K bagi manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal.

Tempoh polisi: Hingga umur 100 tahun

Jika polisi takaful panjang, boleh ditamatkan awal jika kita menukar perancangan.

Tapi jika polisi hanya sampai umur 70, dan ketika sampai usia itu, kita hendak sambung polisi tersebut disebabkan kita perlukan perlindungan tersebut, maka ia sudah terlambat untuk menyambung polisi berkenaan.

Semak polisi anda sekarang.

Mahukan bantuan untuk review polisi daripada #TeamINFAQTakaful, boleh PM tepi atau isi borang di bawah;

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berapa tempoh polisi takaful anda? Jika tempoh polisi anda sehingga…