fbpx

Bisnes Dengan Modal RM100,000!

Saya menerima satu emel di dalam sebuah yahoo-group yang saya sertai, berbunyi;

Assalamualaikum wrt wbt,

Saya nak minta pendapat sahabat sekalian tentang cadangan projek perniagaan / pelaburan. Sesiapa yg ada idea boleh lah berkongsi dgn ana. Sebarang jenis perniagaan boleh dipertimbangkan & sebarang bentuk usahasama boleh boleh dibincang. Modal sebanyak RMxxx,xxx tersedia mengikut jenis projek.

Susulan daripada emel tersebut, maka ramai rakan-rakan lain memberi pandangan dan komen tentang bentuk-bentuk bisnes yang sesuai dengan modal tersebut.

Berikut adalah emel saya terhadap emel berkenaan;

Sebelum memulakan sebarnag bisnes, elokah direnungi statistik ini – 70% bisnes / perniagaan / syarikat akan tutup dalam masa 1 tahun operasi, dan 90% akan tutup dalam masa 3 tahun.

Ia adalah statistik yang saya ambil daripada buku-buku perniagaan, malah di SSM pun statistik syarikat / bisnes yang tutup dalam masa 3 tahun pendaftaran pun adalah dalam linkungan sama.

Tuan-puan boleh membandingkan statistik di atas dengan dunia sekeliling, lihat berapa ramai orang bersemangat untuk menceburi bidang bisnes pada awalnya, akhirnya kecundang di tengah jalan.

Dalam bisnes, modal kewangan dan wang ringgit bukanlah modal utama dalam bisnes, banyak lagi faktor penentu kejayaan bisnes yang boleh saya simpulkan kepada 3 perkara; ILMU, SISTEM dan MENTOR. Selepas itu, barulah datang soal kewangan.

Bidang ini adalah bidang yang digalakkan, malah Rasulullah sendiri adalah seorang bisnesman yang berjaya.

Berbalik kepad persoalan yang diberikan, begini cadangan saya;

Berdasarkan maklumat dalam emel pertama, modal yang ada adlaah sebanyak RMXXXXXX, saya anggap sekurang-kurang ada modal sebanyak RM100,000.00.

Jadi, dengan modal tersebut, laburkan kpd seberapa banyak jenis bisnes yang ada, BUKAN laburkan sebanyak mungkin modal pada satu bisnes.

Maksudnya begini, jika ada BISNES PLAN A yang memerlukan modal RM50K, dengan BISNES PLAN B yang bermodalkan RM10K, utamakan BISNES PLAN B, dan abaikan BISNES PLAN A, kerana jika kita pilih PLAN A kita hanya mampu mebuat dua jenis, berbanding PLAN B kita boleh buat 10 jenis bisnes.

Kenapa pilih BISNES B? Sebab, berdasarkan statistik di atas (70% bisnes ditutup dalam masa setahun dan 90% dalam masa 3 tahun), ada kebarangkalian bisnes tersebut akan lingkup. Jadi, memandangkan kita hanya laburkan RM10K, kita ada baki RM90K lagi untuk melakukannya lagi ata melakukan bisnes-bisnes lain.

Maka kita boleh lakukan 10 kali percubaan sebelum mendapat bisnes yang betul-betul memberi keuntungan kepada kita.

Berbanding kita pilih BISNES A yang bermodalkan RM50K, kita hanya ada peluang sekali sahaja lagi untuk jenis bisnes yang sama.

Modal RMXXX,XXX tersebut boleh dipecah-pecahakn kepada beberapa jenis bisnes. Lagi rendah modal bisnes, lagi banyak bisnes yang boleh diceburi. Dan lebih rendah risikonya berbanding modal RMXXX,XXX dilaburkan kepada satu atau dua bisnes sahaja.

Wallahua’lam.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com