Bisnes Paling Hangat Dan Terlaris

Jika anda acah-acah nak mula bisnes, boleh pertimbangkan jenis-jenis bisnes ini.

Di Malaysia, ada beberapa bisnes yang paling hangat dan laris di pasaran.

1. Bisnes yang ajak orang cepat jadi kaya tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh. Masuk skim, dapat duit bulan-bulan. Pulangan lagi tinggi dari pelaburan Tabung Haji, ASB, dan Warren Buffet.

2. Bisnes yang ajak orang cepat masyuk syurga, tanpa perlu ibadah banyak-banyak. Minum air, hati dapat jadi terang, iman bertambah dan dapat booking tiket ke shorga. Boleh dpt kedudukan bersama-sama para wali.

3. Bisnes yang buat anak cepat jadi pandai, tanpa perlu belajar bersungguh-sungguh. Minum air, makan kismis, makan pil ajaib – dapat UPSR 6A, SPM 20A. Jadi cerdik macam Adi Putera.

4. Bisnes jual produk jadi kurus. Makan produk itu atau sapu-sapu sahaja tanpa perlu bersusah payah jaga makan dan bersenam boleh jadi kurus, jelita / kacak macam Neelofa atau Aaron Aziz.

5. Bisnes produk jadi cantik dan putih. Pakai produk, boleh jadi jelita macam Fazura.

6. Bisnes produk ubat ajaib boleh sembuhkan segala macam penyakit. Dengan hanya makan satu produk, boleh sembuh sakit AIDS, sakit mati pucuk, sakit jantung, sakit kencing manis, sudah darah tinggi, sakit kanser dan sebagainya. Dah tak perlu pergi hospital dan jumpa doktor.

Modus operandi:

– Letak testimoni seorang dua yg berjaya lepas pakai produk.

– Tambah pula selebriti sebagai duta. Boleh guna agamawan jika sesuai.

– Pengasas produk boleh guna Dr / Prof palsu. Lebih-lebih lagi no 7.

– Iklan di media massa terutama akhbar dan televisyen. Jika dpt jadi penaja rancangan TV lagi bagus!

Kemudian sasarkan segmen market pelanggan yg MALAS dan BANGANG.

Memang boleh untung besar.

Ada tambahan?

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?