fbpx

Branding & Kopi 3 in 1

  • 8 years ago
  • 1Minute
  • 180Words
  • 304Views

Kenapa orang masih minum minuman 3 dalam 1 sedangkan semua sudah maklum keburukannya?

Sebab, branding.

Branding ialah aktiviti promosi dan marketing. Tidak ada kaitan langsung dengan produk.

Promosi di TV, akhbar, radio, billboard, majalah dan sebagainya memang merupakan strategies ampuh mereka.

Apabila keluar artikel, kajian, pengalaman yang negetif tentang keburukan minuman 3 dalam 1, mereka langsung tidak berikan maki hamun kepada orang-orang, atau memberi kritikan balik kepada mereka.

Mereka juga tidak berikan hujah “Produk kami sudah mendapat kelulusan JAKIM, ia halal – kenapa perlu dipertikaikan?”.

Mereka juga tidak katakan bahawa “Kami syarikat minuman 3 dalam 1 no 1, menguasai majoriti pasaran terbesar di Malaysia”.

Itulah kuasa branding.

Produk yang tak bagus pun masih boleh diterima.

Makin banyak berita negetif yang keluar, makin banyak promosi mereka di media-media utama.

Dengan branding, produk buruk pun nampak cantik.

Branding bagus untuk bisnes, memudahkan salesman dan ejen untuk melariskan jualan.

Jadi tidak hairanlah minuman 3 dalam 1 masih diminati ramai, menguasai market share yang terbesar, mempunyai rangkaian salesman yang ramai, permintaan masih tinggi seluruh negara, banyak terdapat di restoran-restoran dan lain-lain.

Itulah kuasa branding.

Bagus untuk bisnes tapi belum tentu bagus untuk pengguna.

2

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila anda melanggan takaful dan kemudiannya ditimpa musibah seperti masuk…