Cara Kenal Pasti Skim Cepat Kaya

Tulisan oleh Sdra Afyan Mat Rawi (Perunding di RahsiaTakaful.com) yang disiarkan di Harian Metro 10 Februari 2014.

cara kenal pasti skim cepat kaya

 

Skim cepat kaya bukan perkara baru di Malaysia dan ia mula dikesan memperdaya pengguna sejak tahun 70-an lagi dengan skim pertama dikenali sebagai Pak Man Telo.

Selepas lebih 30 tahun, skim seumpama ini masih terus berleluasa, dengan modus operandi yang diberi suntikan baru namun, masih mencapai tujuan sama iaitu menipu wang orang ramai.
Ketika Facebook (FB) mula mendapat tempat, muncul skim cepat kaya menggunakan medium berkenaan dengan yang paling terkenal menggunakan slogan “Login FB Dapat Duit”.

 

Ia mendapat sambutan hangat sekitar 2010 hingga 2011, malah ia dipercayai masih bertahan sehingga kini. Modus operandinya, menawarkan pulangan apabila kita berjaya mendapatkan orang bawah atau downline yang baru.

Sekitar 2012, ketika harga emas mula memuncak, maka muncul pula skim berasaskan emas. Yang paling mencuri perhatian ialah skim emes Geneva yang kes mahkamahnya masih berjalan sehingga sekarang, selepas ia diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) pada penghujung 2012.
Melewati tahun 2013, apabila pasaran saham mula meningkat, muncul pula skim saham dan Forex yang pelik-pelik menawarkan pelbagai pulangan menggiurkan.

 

Bacaan penuh di http://www.hmetro.com.my/articles/Caranakkenalpasti/Article

 

Terima kasih kepada Harian Metro yang sudi untuk menyiarkan tulisan perunding kami RahsiaTakaful.com dan INFAQ Consultancy and Advisory.

 

cara kenal pasti skim cepat kaya

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?