fbpx

Tips Mudah Untuk UMNO/BN Menang PRU14

Cara mudah untuk Umno / BN terus menang PRU.

MODAL:
RM11 juta (minama) hingga RM20 juta (maksima) X jumlah calon / MP yg perlu dibeli.

ANALISA RINGKAS:

ANALISA 1: UMNO BN
Modal diperlukan minima RM11 juta seorang. RM10 juta ready untuk bayar saman dan RM1 juta untuk duit poket calon atau MP yang dibeli.

Maksima RM20 juta. RM10 juta untuk bayar denda dan lagi RM10 juta untuk duit poket.

Ia boleh dibuat pada hari penamaan calon, selepas penamaan calon dan kemuncaknya selepas PH menang dengan andaian PAS kalah teruk, berdasarkan ramalan INVOKE.

Andaikan 15 ke 20 orang maka modal yang diperlukan ialah 15 x RM20,000,000 (maksima) = RM 300,000,000 ke RM400,000,000.

Baru RM300 juta ke RM400 juta sahaja.

Ia pelaburan yang berbaloi sebab boleh dapat banyaaaaak lagi untung selepas itu dalam masa 5 tahun sebelum PRU15.

Modal hanya RM400 juta dan boleh dapat pulangan berlipat kali ganda!

Mungkin boleh cecah RM400 billion dalam masa 4 ke 5 tahun.

Pelaburan yang sungguh berbaloi.

ANALISA 2: CALON / MP PH

Manakala bagi calon atau MP pula boleh pertimbangkan pulangan RM1 ke RM10 juta dgn impaknya pada nama baik yang tercemar selepas itu.

Akan kena label katak, pengkhianat, munafiq dan sebagainya.

Tapi tidak mengapa, lepas beberapa tahun boleh U-Turn balik dan disucikan. Dah ada pun yang kena label macam-macam malah dilabel bapa penyangak pun boleh disucikan.

Jadi boleh pertimbangkan berapa lama nama buruk itu akan dibawa dengan amaun juta-juta yang diterima. Boleh juga dipertimbangkan untuk keluar daripada Malaysia.

Jumlah itu mungkin boleh dapat maksima kerana proses untuk parti membuat tuntutan denda bukan bukan mudah. Boleh gunakan balik untuk urusan jual beli selepas itu. Itu satu lagi pelaburan untuk main tarik tali ketika proses tuntutan denda.

Andaikan bersih lebih kurang RM10 juta dengan andaian terima RM20 juta dan perlu bayar denda atau kos lain RM10 juta (RM20 juta – RM10 juta = RM10 juta)

Jadi, RM10 juta itu sebagai timbal balik pulangan dengan risiko maruah tercemar dalam masa beberapa tahun. Dan bandingkan jika terus menerus menjadi ahli politik pembangkang, berapa lama hendak kumpul RM 10 juta dgn karier sebagai ahli politik.

Bukan senang nak kumpul RM1 juta sebagai ahli politik pembangkang.

Apatah lagi RM10 juta.

RUMUSAN ANALISA:
Ia situasi menang-menang untuk Umno / BN dengan calon / MP yang dibeli tadi.

Umno / BN dapat kuasa.

Calon / MP dapat wang juta-juta.

Pelaburan yang sangat berbaloi-baloi bagi kedua-dua pihak.

Win-win situation.

ASAS ANALISA:

1. Kejatuhan kerajaan PR Perak selepas PRU 13 dengan beberapa ADUN PKR dan DAP lompat parti

2. Projek 16 September selepas PRU 13

3. Kerajaan PAS Kelantan walaupun dengan majoriti 1 kerusi selepas PRU2004, dapat kekal hingga PRU2008. Dan 1 kerusi itu dengan hanya 2 undi majoriti!

NOTA: Technical analysis kewangan ini tidak diajar dalam Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com