fbpx

Category: Travelog

Konsep ‘Advisory Approach’

Antara perkara yang saya sangat tekankan kepada rakan-rakan konsultan di INFAQ Consultancy, ialah pendekatan menggunakan konsep “advisory approach” supaya kita berbeza dengan ejen lain di luar sana. Masyarakat hari ini, terutama di kawasan bandar sudah mempunyai kesedaran yang lebih tinggi berbanding dahulu. Sebelum seseorang prospek berjumpa kita selaku ejen, mungkin mereka sudah berjumpa dengan 10

‘Uninstall’ FB dan ‘Left’ WhatsApp; Fokus Ibadah Di Tanah Suci

Ketika saya menunaikan haji tahun lepas, yang maklum hanya sanak-saudara dan rakan-rakan terdekat. Kemudiannya, saya uninstall FB dari telefon sehingga pulang kembali ke Tanah Air. Saya memang ada “penyakit” ketagih FB. Adeh… Jadi untuk mengelakkan penyakit itu membarah di Tanah Suci, saya uninstall FB dari phone. Cuma kadang-kadang terlogin juga guna browser. Selepas beberapa hari,

Menarik Di Tanah Suci-Kedai Ditutup Dengan Hanya Hamparan Kain

Sesuatu yang menarik sepanjang berada di bumi barakah ini ialah, setiap kali masuk waktu solat, seluruh jalan-jalan akan bertukar menjadi tempat solat. Kedai-kedai akan berhentikan operasi perniagaan mereka, dan ditutup semudah menghamparkan kain pada barang dagangan mereka sebegini. Tanpa perlu risau kecurian atau kehilangan berlaku agak-agak kalau buat di Kuala Lumpur, berani tak? #MemoriHaji1438 Sumber

Konvensyen Luar Negara Pertama Secara Percuma ke Sepanyol

Memori 7 Tahun Lepas.. Ini kali pertama saya mengikuti trip luar negara secara percuma sebagai ganjaran kerjaya dalam bidang perkhidmatan kewangan, tahun 2011 ke Sepanyol. Saya terlibat dalam bidang ini tahun 2003, tapi tak fokus sebab terjebak secara tidak sengaja. Malah tidak bersedia dan tidak percaya. Waktu itu, konsep takaful saya tak percaya sangat. Sehinggalah

Seronoknya Konsert Hora Horey Didi & Friends

Saya bukan peminat konsert. Tonton YouTube atau dengar lagi melalui radio pun sudah memadai. Kali kedua terakhir saya datang konsert berbayar ialah pada zaman bujang 15 tahun dulu yang menampilkan Hijjaz, Inteam dan UNIC yg diadakan di UIA. Itu pun sebab menjadi sebahagian daripada AJK penganjur. Kali terakhir saya datang konsert berbayar adalah sebentar tadi.

Kawalan Di Pintu Masuk Masjidil Aqsa

Gambar selife di salah satu pintu masuk ke Masjidl Aqsa. Nampak sepasang askar Israel tu? Sebenarnya hendak ambil gambar askar-askar itu sahaja, tapi diberi amaran siap-siap oleh pemandu pelancong kami supaya jangan sembarangan merakam gambar askar Israel. Nanti tak pasal-pasal telefon kena rampas. Jadi saya guna teknik ambil gambar selfie untuk rakam gambar mereka. Bijak

Pengalaman Di Sempadan Jerusalem – Jordan

Ini antara video curi ketika atas bas semasa keluar dari sempadan Jeruselam – Jordan. Nampak tak askar Israel yg pakai baju kalis peluru? Bayangkan, ketika masuk dan keluar sempadan Palestin, 3 sekatan dijalankan. Sakit hati tak tengok muka dua askar tu? Dalam sekatan ini, 2 tentera masuk bas – seorang periksa pasport kami dan seorang

Solidariti Untuk Al-Aqsa

Soladiriti untuk Al-Aqsa! Ketika saya ke sana awal tahun ini, banyak perkara yang selama ini saya sangka saya tahu dan faham tentang Al-Aqsa dan bumi Palestin, rupa-rupanya tidak tepat. Contohnya kedudukan Masjidil Aqsa. Selama ini ia merujuk kepada Kubah Kuning (Dome Of The Rock), dan kadang-kadang kepada bangunan masjid yang dibina tidak jauh dari Kubah

Jadi Duta Umrah; Alhamdulillah

Kali pertama ni diminta jadi duta utk umrah. Harap-harap tak timbul kontroversi 🙂 Ketika pertama kali umrah bulan Januari lepas, memang banyak kali saya berdoa di lokasi-lokasi mustajab doa agar berpeluang lagi ke tanah suci. ALLAH maha besar, doa itu termakbul dengan cara yang tidak disangka-sangka. Mula-mula ALLAH permudahkan utk saya dapat giliran haji pada tahun
WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com