fbpx

Celah Mana PRS Boleh Dapat RM1.4 Juta?

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 342Words
  • 540Views

Beberapa hari ini, tersebar mesej dan status promosi PRS yang mengandungi ayat di bawah;

“Syarat untuk mendapat rm1000 ni ialah remaja mesti meyimpan rm1000 ke dalam Private Retirement Scheme (PRS). Simpan duit sendiri 1000, kerajaan akan topup bagi 1000 lagi. Total jadi 2000. Dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sehingga umur 55 tahun. Sekiranya anda mampu menyimpan sebanyak RM200 sebelum selama 30tahun, tabungan anda akan mencecah RM1.4juta.”

Rujuk gambar pertama. Contoh status FB.

Rentetan itu, banyak juga saya terima mesej bertanyakan akan hal ini.

Isi penting promosi ini ialah:
1. Buka akaun PRS dengan simpanan RM1,000
2. Kerajaan akan berikan lagi RM1,000
3. Simpan tambahan dalam akaun PRS RM200 sebulan
4. Selepas 30 tahun, tabungan mencecah RM1.4 juta!

Perkara no 1 hingga 3; tidak timbul sebarang isu.

Sebagai nota, perkara no 2, “top-up” daripada kerajaan RM1,000 hanya untuk pencarum yang berusia bawah 30 tahun. Bagus kan kerajaan? Hahaha

Perkara no 4 yang menimbulkan sedikit tanda tanya.

Jadi saya menggunakan Financial Calculator, untuk membuat kiraan sendiri, bagaimana gugur RM1.4 juta boleh keluar.

Menggunakan Financial Calculator, untuk mendapat pulangan sebanyak RM1.4 juta, memerlukan pulangan tahunan purata sebanyak 15.6%

Rakan-rakan boleh gunakan sendiri aplikasi ini sendiri. Rujuk gambar kedua.

Jadi, timbul persoalan.

Dana PRS manakah pernah berikan pulangan purata 15.6% setahun?

Jadi saya buat semakan sekali lagi menggunakan beberapa website seperti my.Morningstar, PPA.my dan Fundsupermart.com untuk mendapatkan info tentang pulangan PRS

Untuk makluman, PRS baru sahaja diperkenalkan kira-kira 3 tahun yang lalu.

Selepas membuat semakan dalam beberapa website tadi, ini dapatan saya – rujuk gambar 3, 4 & 5.

 

1. Memang ada dana yang pernah mendapat pulangan melebihi 15% pada tahun tertentu, TAPI BUKAN SETIAP TAHUN.

2. Pulangan purata tahunan (annualized return) paling tinggi ialah 12.8% dan itu pun dana tidak patuh syariah iaitu CIMB-Principal PRS Plus Funds

3. Pulangan purata tahunan (annualized return) paling tinggi bagi dana patuh syariah ialah 9.33%, iaitu CIMB Islamic PRS Plus Funds

Jadi, dana manakah yang boleh dijangka mendapat RM1.4 juta yang dimaksudkan oleh promosi di atas?

Boleh tanyakan ejen-ejen PRS yang anda kenal untuk respon persoalan ini.

Jika ada fakta berbeza, boleh maklumkan dan saya akan betulkan status ini.

Nota: Tiada masalah dengan produk. Ia produk pelaburan yang sah.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Wahai pembeli Alfafa, Di manakah kalian? Ini senarai lokasi rumah…