Cerita dulu-dulu

dulu….. 1998; Afyan mendaftar diri sebagai seorang pelajar kursus undang-undang di Pusat Matrikulasi UIAM ……. sama macam kawan-kawan yang lain.

dulu ……. 1999/2000; Afyan mendaftar diri sebagai seorang pelajar ijazah undang-undang di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM ……. sama macam kawan-kawan jugak.

dulu …… 2003; Afyan mengakhiri tahun akhir dengan kepujian (ehm, ehem) ….. sama macam kawan-kawan yang sama-sama belajar dulu.

dulu …… 2004; Afyan menghadiri majlis konvokesyen…… sekali lagi sama amacam orang lain yang grad dulu.

kini …… 2007; Afyan tidak seperti kawan-kawan lain yang sama-sama belajar, sama-sama grad, dan sama-sama konvo dulu….. Kawan-kawan lain ada yang jadi peguam…. keluar masuk mahkamah. Ada yang jadi pensyarah….keluar masuk kelas. Ada yang jadi pegai undang-undang…keluar masuk pejabat. Ada yang jadi pegawai kerajaan…. kelauar masuk jabatan.

Tapi Afyan? Bukan lawyer, tapi keluar masuk law firm. Bukan juga pensyarah, tapi banyak kali ulang alik IPTA dan IPTS berbeza. Bukan juga pegawai bank, tapi hampir semua bank di KL ni dah dijejaki. Bukan juga pegawai kerajaan, tapi Putrajaya tu dah hampir biasa dah.

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?