Boleh baca berita ini.

1

Jika bukan scammer, perkataan apa yang sesuai untuk “Financial Adviser” ini?

Kadang-kadang jika cara lembut tidak berkesan, terpaksa guna cara kasar.

Apabila buat analogi dengan scammer, dikatakan mengaibkan orang lain.

Bagaimana dengan klien-klien yang sudah bayar ribu-ribu RM dengan harapan 50% annualized return?

Bagaimana kedudukan komisen yang diperolehi selama ini hasil daripada sales idea “ASB loan boleh bagi annualized return 50%”?

Sama dengan isu “PhD” DAO sebelum ini. Isu integriti. Adakah yang membongkarkan isu PhD palsu dianggap membuka aib?

Jalan paling mudah adalah meminta maaf secara terbuka, bukan dengan menyalahkan orang yang menegur.

Jika kita tidak misleading, tidak perlu risau jika ada orang lain yang bongkarkan isu misleading ini.

Hanya orang yang misleading dan yang bersubahat sahaja yang akan marah kepada orang yang buat pembongkaran.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?