fbpx

Dengan Rasminya ARBA / Kopi Pak Belalang / CWC Sudah Tersontot

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 221Words
  • 756Views

1. Semalam PDRM keluarkan senarai 30 syarikat sontot yang menipu pelabur dengan jumlah RM3.8 billion!

2. Salah satunya ialah syarikat CWC / ARBA / Kopi Pak Belalang. Rujuk di sini

 

Dengan Rasminya ARBA / Kopi Pak Belalang / CWC Sudah Tersontot

3. Syarikat ini sudah lama saya dedahkan sebagai syarikat yang too good to be true, secara spesifiknya sejak 6 Disember 2014! Bulan ini genap 3 tahun daripada pendedahan pertama saya itu. Rujuk di sini

4. Dalam tempoh 2014 ke 2016 (2 tahun), bermacam-macam perkara yang berlaku ke atas syarikat ini yang menunjukkan tanda-tanda ia akan sontot. Saya compile di sini

5. Perihal perkara ini sudah diterangkan secara panjang lebar dalam buku TERSONTOT DI PINTU SHORGA bersama-sama syarikat lain seperti DEPB Tok Belagak, Alfafa dan lain-lain yg diterbitkan pada awal 2017. Boleh beli di sini

6. Tahun 2017 pula tanda-tanda itu semakin besar, antaranya diserbu oleh PPIM bulan lepas.

7. Kemuncak tanda sontotan kubra ini semalam, apabila ia disenaraikan oleh PDRM sebagai syarikat penipu.

8. Terkini, website rasmi syarikat http://www.cwc.com.my sudah tidak boleh diakses lagi!

 

9. Semakan mendapati, CEO mereka Rozaini bin Hassan berada dalam senarai hitam Jabatan Imegresen Malaysia dan tidak boleh ke luar negara!

 

 

10. Berdasarkan situasi ini, dengan ini saya mengisytiharkan ARBA / Kopi Pak Belalang / CWC sudah TERSONTOT DI PINTU SHORGA.

11. 2018, syarikat-syarikat sontot ini sudah merancang 10 langkah ke hadapan dan takkan ulangi kesilapan sama.

Afyan Mat Rawi, IFP
Bekas Presiden Pasukan Anti Sontot Malaysia.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, selesai Mini Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW2017 terakhir untuk tahun…