Situasi 1

Seorang doktor, apabila mengarahkan anggota badan pesakitnya dipotong akibat penyakit kencing manis, adalah berdasarkan ilmu pengetahuannya dalam bidang perubatan.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin mencegah penyakit kencing manis pesakitnya agar tidak merebak ke anggota badan yang lain.

Lantaran itu, anggota badan yang sudah rosak teruk akibat penyakit kencing manis, perlu dipotong dan dan dibuang.

Jika tidak dibuang, ia akan menjangkiti anggota-anggota badan yang lain dan situasi akan menjadi lebih teruk.

Antara dua situasi; tidak potong dan potong, dalam ilmu perubatan, potong adalah tindakan yang paling baik sekalipun kesannya pesakit akan mengalami kecacatan kekal seumur hidup.

Lebih baik cacat seumur hidup, berbanding rosak keseluruhan tubuh badan akibat penyakit kencing manis.

Zalimkah doktor? Tidak sama sekali.

Situasi 2

Begitulah jugalah halnya dengan undang-undang ALLAH.

Apabila mengarahkan anggota tangan dipotong akibat melakukan jenayah mencuri, adalah berdasarkan ilmu ALLAH selaku Sang Pencipta.

Tunjuannya tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin mencegah “penyakit sosial” kecurian agar tidak merebak ke anggota masyarakat yang lain.

Lantaran itu, pencuri yang melalukan kesahalan itu perlu dihukum.

Jika tidak dihukum, ia akan menjangkiti masyarakat dan jenayah mencuri akan menjadi lebih teruk.

Antara dua situasi; tidak potong dan potong, dalam ilmu Allah, potong tangan adalah tindakan paling baik sekalipun kesannya seorang pencuri akan cacat seumur hidup.

Lebih baik seorang pencuri cacat seumur hidup berbanding jenayah kecurian berleluasa dan merosakkan seluruh masyarakat.

Zalimkah ALLAH dan undang-undang Islam?

Ada seorang doktor yang masih mengatakan undang-undang ini zalim. Doktor di dalam rumah.

#SayaMuslimSayaSokongHudud

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?