fbpx

Drama ‘Pembongkaran’ Haters Zaman Blagk Panther a.k.a T’Blagak The King Of Wakalah

  • 6 years ago
  • 5Minutes
  • 948Words
  • 472Views

Asalnya saya malas nak layan mamat ni, tapi nampaknya dia bersungguh-sungguh mengatakan “rahsia korang dalam genggaman aku laaa”, maka saya cuit sedikit tanpa mention pun nama.

Sebelum itu di beberapa posting saya nampak sangat beliau komen benda sama, lepas FB detect komennya sebagai spam, boleh pula dia bising.

Tak kenal pun mamat ni sebenarnya. Rupa-rupanya haters lama zaman Tok Belagak yang tak puas hati posting parodi saya pasal Blagk Panther a.k.a T’Blagak the King Of Wakalah, son of T’Delay tempoh hari. Hahahaha

Posting pasal medical card pun dia bantai komen yang tidak releven macam orang kena sawan.

Jadi utk lebih mudah, saya buat posting khas ini utk Sdra Abd Majid Selamat supaya mudah Sdra komen dan bongkarkan.

Jangan risau, saya takkan delete komen Sdra.

Untuk makluman Sdra, FB akan detect komen Sdra sebagai spam jika Sdra kopipes komen sama beberapa kali.

Boleh bongkar di sini rahsia yang Sdra genggam selama ini.

Silakan, saya nak masuk tidur.

Harap-harap esok pagi esok saya bangun terbongkar segala-galanya. Jangan pula nanti komen bagi alasan macam-macam taknak bongkar ya…

Buat rakan-rakan lain, jemput ambil tempat duduk masing-masing….

UPDATE: Siapa yang baru masuk, boleh follow komen mamat ni di bawah yang ada banyak reply. Dia tulis;

“kan aku dah tanya… hahaha…
nak aku ulang soalan kali ke seratus dalam masa 2 minit ni ke?
apa hubungan amar rawi dan tok belagak?
berapa nilai hutang dia dan kenapa x up nama dia sekali?
dan apa hubungan awak berdua?”

IKLAN: Memandangkan posting ini menerima banyak sambutan, jadi saya nak iklan sikit seminar saya yang terdekat.

Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW yang akan diadakan di JB, Sungai Petani, Kuantan dan Melaka.

Detail dan daftar di seminarbmw.afyan.com

Jika mana-mana haters nak datang sebagai peserta, saya alu-alukan 🙂

IKLAN 2: Jemput join Telegram Channel Tips RM https://t.me/tipsRM

 

UPDATE: 26 Feb 2018
https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10214827556473187

Ini ialah sambungan daripada posting sejam sebelum ini.

Bagi siapa yang baru baca, boleh rujuk https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10214826726492438

Dah lebih sejam, nampkanya pembongkaran yang ingin dilakukan oleh Sdra Abd Majid Selamat macam tak berapa nak terbongkar.

Daripada jam 11:30 malam 25 Februari 2018 posting saya menjemput dia membongkar hingga saya menulis status ini pada jam 12:50 lebih 26 Februari, tidak ada sebarang pembongkaran pun.

Yang diluang-ulang dalam posting terakhir mamat tersebut ialah;

“dan akan rasa musykil.. kenapa si Afyan Mat Rawi ni.. x berani2 lagi jawab soalan aku.”

Jadi, untuk respon persoalan tersebut, biar saya berikan ulasan saya di sini.

Untuk makluman semua, saya dah biasa sangat berhadapan dengan haters sebegini.

Bukan nak cakap besar, tapi dengan geng-geng macam ni, kita kena tunjuk sikit. Kalau tidak, dipijaknya kita.

Nak lawan scammer, hati kena kental.

Walau pun saya dah bersara dalam bidang anti-scammer, skill saya masih ada.

Saya memang malas dah nak lawan scammer, tapi kalau mereka yang datang, saya bersedia pada bila-bila masa.

Setakat ugutan nak bongkar rahsia macam ini, apalah sangat.

Saya pernah berlawan dengan Tok Belagak. Saya pernah disaman masuk mahkamah oleh Norsham Alfafa. Ada scammer pernah hantar gengstar ugut saya di ofis.

Jadi ugutan untuk bongkar rahsia sebegini tidaklah menjejaskan saya. Dan ia bukan kali pertama.

(Maaf, kalau ayat-ayat di atas nampak macam saya berbesar diri. Saya beristighfar berkali-kali untuk tulis. Semuanya adalah dari ALLAH dan saya mohon ampun pada ALLAH jika timbul sekelumit rasa riak atas posting ini)

Berbalik kepada soalan berbaur ugutan dalam posting sebelum, sebenarnya jika dia betul-betul nak bongkar, tak perlu tunggu pun saya jawab soalan dia.

Seenarnya saya tak kisah pun dengan pembongkaran dan rahsia yang hendak dibongkarnya.

Sebab saya tahu apa yang hendak dibongkar itu, dan ia bukan rahsia sangat pun.

Dah ramai pun yang tahu. Cuma mungkin sahaja dia ingat dia sahaja yang tahu.

Saya tak pernah menafikan memang ada adik beradik saya yang berbeza pandangan dengan saya dalam hal ehwal scam dan ponzi. Saya pernah kongsikan pun perkara ini sebelum ini. Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tidak.

Saya akui kelemahan, bahawa saya sendiri gagal meyakinkan darah daging sendiri dalam beberapa perkara yang saya percaya tapi mereka tidak percaya. Walaupun perkara itu ialah bidang yang saya kuasai.

Berbalik kepada Sang Haters tadi.

Saya sengaja mainkan perasaan dia yang kononnya apabila dia ugut saya nak bongkar, saya akan blok dia.

Plan dia begini:

Mula-mula dia provok saya. Dah beberapa hari dia provok dekat status parodi Blagk Panther a.k.a T’Blagak, King Of Wakalah, son of T’Delay. Dia tersinggung sebab ada komen lama dia yang ada dlm posting tersebut yang back up T’Blagak.

Lepas tu saya tak layan dan tak delete. Dia siap printscreen komen dia kat situ dan buat posting khas sebab katanya saya akan delete komen dia.

Tup-tup saya tak layan lansung. Dia cuba provok lagi.

Dan saya tak layan langsung.

Dia rasa dia boleh “makan” sebab beberapa hari dia duk cabar dan saya tak respon.

Jadi, dia pun makin menjadi-jadi. Maka dia terus provok dan siap ada posting khas di FBnya dengan harapan saya akan blok.

Dalam perancangannya, apabila saya blok dia, dia akan rasa dia di pihak yang betul maka akan jadi modal utk kutuk saya lagi.

Tapi, plan tu tak jadi sebab saya pula screenshoot komen dia dan wujudkan posting khas untuk dia.

Bila saya buat begini, plan asal dia tak jadi.

Dan sekarang dia tengah mati kutu dekat wall dia taktau nak jawab apa.

Dia akan ulang-ulang mengatakan bahawa saya tak jawab soalan dia.

Hehehe….

Nampak tak permainan yang sedang saya lakukan?

Sekarang, siapa yang kena makan dengan siapa?

(Maaf, kalau ayat-ayat di atas nampak macam saya berbesar diri. Saya beristighfar berkali-kali untuk tulis. Semuanya adalah dari ALLAH dan saya mohon ampun pada ALLAH jika timbul sekelumit rasa riak atas posting ini)

Afyan Mat Rawi
1 pagi, 26.02.2018

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mula-mula apabila ada orang tanya "beli dekat mana baju ni?",…