fbpx

Dua Fikrah Ekonomi Yang Berbeza

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 408Words
  • 348Views

Membaca tulisan Tuan Ayman Rashdan Wong berkenaan perbezaan pendekatan pengurusan negara dalam isu pembatalan HSR, saya membuat kesimpulan bahawa secara teori dalam pengurusan kewangan peribadi pun terpakai perkara yang sama.

Dalam tulisan beliau (boleh rujuk tulisan penuh di FB beliau) Tuan Ayman menulis;

“Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi.

Keynesian vs. Fiscal Conservatives. Bagi Keynesian, projek mega boleh memberi “spillover effect” kepada ekonomi, jadi “benefit” outweighs “cost”. Fiscal Conservative pula berpendapat kos projek mega boleh digunakan secara lebih cekap di bidang lain.

Fiscal Conservative cenderung untuk mengurangkan hutang negara dan mewujudkan lebihan (surplus) bajet kerajaan atau bajet yang seimbang. Keynesian pula tak rasa terdesak untuk selesaikan masalah hutang negara. Bukan kerana Keynesian tak sayang negara, tapi bagi Keynesian, pertumbuhan ekonomi akibat kerja-kerja awam mampu menyerap kesan sampingan hutang negara.”

Tulisan penuh boleh dibaca di FB beliau.

Perkara sama dalam perancangan kewangan peribadi.

Ada mazhab perancangan kewangan yang bersifat offensive dengan cara menambah hutang-hutang pelaburan seperti hutang hartanah, hutang bisnes, hutang ASB loan dan lain-lain. Mazhab ini mazhab yang agressif dan bersikap “high-risk taker”.

Di satu sudut lain, ada mazhab yang agak konservatif dan bersifat defensif. Hutang tak perlu banyak, tapi perlu ada banyak simpanan. Dalam mazhab ini, tidak digalakkan berhutang kecuali dana rizab benar-benar mencukupi untuk mengimbangi risiko dalam satu-satu pelaburan.

Kedua-duanya bermatlamatkan sama. Untuk memaksimumkan untung, cuma cara berbeza.

Bagi rakan-rakan yang lama ikuti penulisan-penulisan saya di FB, akan dapati saya cenderung dengan pendekatan mazhab yang ke-dua, iaitu dengan cara defensif dan agak konservatif. Kurang mengambil risiko dalam sesuatu tindakan.

Tidak ada cara yang benar 100%, dan tidak ada cara yang 100% silap. Kedua-dua cara memerluku ilmu dan disiplin yang tersendiri. Tanpa ilmu dan disiplin, buatlah cara mana pun, takkan berjaya.

Satu lagi perkara, bidang ekonomi dan bidang perkhidmatan dan perancangan kewangan adalah bidang berbeza.

Bidang saya ialah ialah bidang perkhidmatan kewangan, bukan bidang ekonomi. Tapi ia saling berkaitan. Bidang perkhidmatan kewangan peribadi memperkatakan tentang pengurusan aliran tunai, penyusunan hutang, penambahan aset, perancangan takaful, perancangan pelaburan dan sebagainya. Manakala bidang ekonomi pula memperkatakan tentang hutang negara, pengurusan fiscal, bursa saham, import eksport dan sebagainya.

Selepas membaca tulisan Tuan Ayman tadi, baru saya tahu pendekatan pengurusan ekonom negara pun ada perbezaan mazhab sebegitu rupa.

Cuma bezanya perbezaan pendekatan pengurusan kewangan peribadi tidaklah sampai bergaduh politik. Haha!

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Memahami Hutang Kerajaan RM 1 Tirilion Ramai yang masih tertanya-tanya,…