Ini antara intipati penting dalam program Seminar Bijak Meranvang Wang 2016 (Edisi KL), anjuran INFAQ Consultancy yang berlangsung pada 5 Mac 2016

Due diligence merujuk kepada usaha seseorang untuk membuat sedikit kajian sebelum membuat sebarang keputusan dalam setiap tindakan.

Ia boleh diaplikasi dalam kewangan dengan membuat sedikit kajian dan perbandingan sebelem melanggan sebarang produk kewangan yg ada di pasaran.

Sebagai contoh, semalam saya kongsikan bahawa di Malaysia ada lebih 10 syarikat takaful.

Jangan pandang pada branding, pandang pada berapa coverage yang kita dapat dengan caruman yang kita bayar.

Lakukan DUE DILIGENCE untuk mendapat produk yang paling sesuai dengan kemampuan dan keperluan kita.research

Dan tidak mustahil, produk yang bersesuaian dgn kita dari sudut keperluan dan kemampuan, datang dari beberapa syarikat berbeza.

Perkara sama dalam pelaburan.

Tidak perlu rigid pada satu-satu jenis pelaburan. Pelbagaikan, adalah lebih baik sebab pengalaman adalah ilmu paling berharga.

Dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan, maka kita akan mendapat pengalaman yang berharga bagi setiap jenis pelaburan yang ada dalam pasaran, seperti saham, unit trust, emas, hartanah dll

Contoh yang saya berikan semalam, dalam pelaburan unit trust kita boleh membuat penilaian berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan-badan kajian yang berkaliber seperti Lipper, Blommberg, Morningstar, Novagni dan lain-lain.

Seperti takaful, kita juga bertuah kerana di Malaysia mempunyai kira-kira 30 lebih syarikat pelaburan yang mendapat lesen dari Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.

Sekali lagi, lakukan DUE DILIGENCE sendiri untuk membuat kajian terhadap dana-dana syarikat ini tanpa perlu terpengaruh kepada branding dan populariti.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?