fbpx

Eastpring Investment Islamic Small Cap

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 386Words
  • 398Views

Eastpring Investment Bhd antara syarikat unit trust di Malaysia yang mempunyai dana-dana yang perform, tapi tidak popular.

Kenapa tidak popular? Sebab ejen tidak ramai.

Yang mempopularkan sesuatu syarikat ialah semakin ramai ejen. Apabila ejen ramai, sales syarikat akan meningkat dan saiz dana atau asset under management pun meningkat.

Apa pun, populariti dan prestasi tidak semestinya seiring.

Populariti dan prestasi adalah 2 perkara berbeza dan tidak ada kaitan antara satu sama lain.

Dalam pelaburan unit trust dan mana-mana pelaburan, memilih pelaburan yang popular belum tentu anda mendapat pulangan yang anda memuaskan.

Sebab itu ada dana dan syarikat unit trust yang popular, tapi tidak memberikan pulangan yang memuaskan.

Saya mungkin akan dituduh “memburukkan kompeni lain” dek kerana tulisan ini.

Tuduhan ini sudah biasa saya terima dan saya langsung tidak kisah dan langsung tidak delete dan blok komen tersebut.

Biar publik yang menilainya.

saya berpihak kepada pengguna, bukan berpihak kepada ejen dan syarikat.

Masyarakat harus dididik dengan fakta dan angka, bukan dengan sentimen semata.

Cukup sudah data yang menunjukkan 80% pelabur yang mengeluarkan wang akaun 1 mereka untuk unit trust, mendapat pulangan yang rendah daripada pulangan asal di dalam akaun KW5P.

Saya bukan ejen syarikat Eastpring Investment Bhd.

Syarikat ini tidak popular. Tidak famous. Tidak ramai ejen. Branch pun tak banyak.

Tapi ada beberapa dana yang memberi pulangan yang bagus.

Sebelum ini saya pernah kongsikan Eastrping Dana Al-Ilham yang mendapat pulangan yang memberangsangkan dalam masa 5 dan 10 tahun.

Rujuk: https://afyan.com/eastpring-dana-al-ilham.html/

Beberapa hari lepas, syarikat ini melancarkan satu dana baru yang patuh syariah, namanya Eastspring Investment Islamic Small Cap.

Ia masih baru dan tidak ada sebarang track record.

Yang ada hanyalah “kembar” dana ini yang tidak patuh syariah, iaitu “Eastspring Investments Small-cap”

Prestasi dana “kembar”nya ialah 24% annual return dalam masa 5 tahun.

24% annualize return??? Wow!

Saya ceritakan hal ini bukan kerana untuk mempromosi dana yang tidak patuh syariah tersebut.

Saya kongsikan untuk tunjukkan potensi yang ada pada dana baru ini, yang diuruskan oleh syarikat yang sama, oleh fund manager yang sama.

Tidak ada sebarang jaminan dana ini mengulangi sejarah yang sama sebab kaunter saham yang dilaburkan adalah kaunter yang berbeza antara dana konvensional dan dana patuh syariah.

Ia melabur dalam pasaran saham ekuiti di kaunter-kaunter small-cap patuh syariah.

Kalau nak melabur, melaburlah dalam dana patuh syariah dan pilih Eastspring Investment Islamic Small Cap, bukan pada dana kembarnya yang konvensional.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya saya hendak promo medical card untuk mengatasi masalah ini,…