fbpx

Ekonomi Gawat : Apa Tindakan Kita ?

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 200Words
  • 287Views

Kegawatan ekonomi, jika berlaku, ia bukan di dalam kawalan kita.

Ia juga bukan dalam kawalan kerajaan mahupun parti-parti politik.

Bagi yg mempercayai teori konspirasi, akan menyalahkan “Zionis” sebagai punca kegawatan ekonomi.

Amerika Syarikat yang dikatakan kuasa ekonomi dunia yang dikuasai Zionis pun pernah terkesan dengan kegawatan ekonomi dek krisis sub-prima.

Kita tidak mampu untuk mengawal;

+ naik turun nilai RM

+ harga rumah

+ harga petrol dunia

+ harga getah

+ harga emas

+ harga karipap makcik kantin

+ harga teh tarik kedai mamak

+ harga Meeloo

+ harga pampers anak

+ harga iPhone 7

+ harga kangkung

+ dan bermacam perkara dalam dunia

Tapi yang di dalam kawalan kita ialah;

+ gaya hidup kita,

+ pekerjaan kita,

+ bisnes kita,

+ pendapatan kita,

+ perbelanjaan kita,

+ rumah yang kita duduki,

+ kereta yang kita pakai,

+ makanan yang kita makan,

+ telefon yg kita pakai

+ dll

Ada banyak perkara yang di luar kawalan kita, dalam masa sama juga ada banyak perkara yang masih di dalam kawalan kita untuk kita ambil tindakan.

Jadi, daripada fokus kepada perkara-perkara yang memang di luar kawalan kita, lebih baik kita fokus kepada perkara yang boleh kita kawal dan kuasai.

“Kita tidak mampu mengawal arah angin, tapi kita mampu untuk mengawal layar kapal”

“For things to change, I must change first”

“Focus on circle of control”

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Modal: Sekilo emas dan sebuah kecekalan hati dan minda. Tambahan:…