Ekonomi Malaysia Gawat?

1. Kegawatan ekonomi bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia datang dengan pelbagai tanda dan amaran.

2. Jika pada zaman Nabi Yusuf, Allah berikan tanda melalui mimpi Raja Mesir yang melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus.

OAIK7V0

3. Hari ini pun Allah sudah berikan tanda-tanda awal sejak beberapa tahun lalu. Nilai ringgit jatuh, harga getah jatuh, pelabur asing menarik balik, harga petrol merudum dan lain-lain.

4. Persediaan menghadapi kegawatan ekonomi bukan dibuat ketika berlaku gawat, tapi sebelumnya. Ketika gawat berlaku, ia sudah terlambat jika baru hendak bersedia.

5. Adakah Malaysia akan lebih gawat selepas ini? Hanya ALLAH sahaja yang tahu.

6. Panduan yang ALLAH beri pada zaman Nabi Yusof masih praktikal hari ini.

7. Jika pada zaman itu, Nabi Yusof mencadangkan simpan separuh gandum yang dituai bersama tangkai. Hari ini, gantikan “gandum” dengan komoditi yang ada; simpanan, hartanah, emas, perak, saham, unit trust.

8. Jika pada zaman itu mereka ada Raja Mesir yang mendapat petanda, dan Nabi Yusof yang merancang strategi, kita pun apa kurangnya. MO1 sudah lama memberi petanda dan First Lady pun dah rancang strategi. Cuma bezanya rakyat kena pandai-pandai sendiri.

Kbai.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?