Emas VS Unit Trust

Dalam program Seminar Bijak Merancang Wang anjuran INFAQ Consultancy baru-baru ini, ada peserta bertanya tentang pelaburan.

Soalannya, dia sedang membuat pilihan pelaburan antara emas dan saham amana – mana yang lebih baik?

Respon saya, tidak kisah mana-mana pun malah digalakkan untuk buat kedua-duanya sebab tiada siapa yang tidak tahu apa akan jadi kepada emas dan unit trust pada esok hari.

Kita tidak tahu sama emas yang akan naik harga atau unit trust yang lebih menguntungkan pada esok harinya.

5

Dan yang paling penting, melabur dulu dalam ilmu sebab setiap pelaburan ada risiko tersendiri.

Risiko paling tinggi dalam pelaburan ialah risiko melabur tanpa ilmu.

Biar kita membayar lebih untuk yuran kepandaian, daripada terpaksa menanggung cukai kebodohan yang lebih tinggi.

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?