Erti Merdeka

Erti MERDEKA bagi seorang pejuang ialah apabila dapat membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.

Erti MERDEKA bagi seorang pelajar ialah apabila berjaya menamatkan pembelajaran dan peperiksaan.

Erti MERDEKA bagi seorang penganggur ialah apabila mendapat peluang pekerjaan.

Erti MERDEKA bagi seorang pekerja ialah apabila bosnya tiada.

Erti MERDEKA bagi seorang graduan apabila dapat melangsaikan hutang PTPTN.

Erti MERDEKA bagi seorang suami apabila dapat membebaskan diri dari kawalan sang isteri (Hehe…gurau saja)

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita mendapat kebebasan kewangan.

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita menjadi bos untuk diri sendiri.

Erti MERDEKA juga ialah apabila kita bebas mengatur masa tanpa terikat office hour.

Erti MERDEKA yang sebenar bagi seorang MUSLIM ialah apabila dapat membebaskan dari azab api neraka!

Salam MERDEKA!

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?